Mungkin Si Khalid Gagap ni sangat meminati filem arahan Tan Sri Jins Shamsudin yang juga mempunyai tajuk yang sama, Esok Masih Ada.
Sebab bila berjanji pun, diorang lebih kurang je bagi alasan yang sama. Kalau ditanya, bila nak laksanakan janji - janji tersebut, diorang akan kata, "Tahun depan".
Sejak awal diorang memerintah Selangor, sampai la hari ni, bersepah - sepah janji - janji yang dibuat tapi tak ditunaikan. Semuanya bertangguh - tangguh.
Bukan apa. Nanti boleh dijadikan alasan untuk mereka tidak turut membubarkan Dewan Undangan Negeri serentak dengan Kerajaan Pusat.
Itu sahaja alasan yang diberikan. Yang rakyat pulak, asyik tertunggu - tunggu nak dapat janji - janji yang ditaburkan. Akhir - akhirnya, melopong.
Kata nak bagi air percuma, pun ada syarat yang ketat untuk diperolehi. Kalau nak bagi percuma, bagi je la. Nak ada syarat - syarat menda kejadahnya pulak.
Lepas tu, nak bina rumah kos rendah untuk rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Jangan katakan dinding, tapak rumah pun tak de lagi.
Ini nak bagi WiFi percuma. Lagi la diorang senang goreng. Benda tak nampak, lagi mudah diorang nak tipu rakyat.
Nanti diorang boleh cakap je yang benda tu dah pasang. Tapi kemungkinan ada masalah teknikal, jadi rumah tertentu tak dapat terima.
Ini semua auta Si Khalid Gagap tu la. Nak bercakap gagap, jadi dia bagi la alasan yang bukan - bukan. Nak buat kerja untuk rakyat? Kirim salam je la.
Dia bukan tahu buat kerja pun. Kalau dia tahu buat kerja, menda jadah pulak ahli PKR buat aduan suruh dia letak jawatan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.