Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran kepada "pengkhianat" dalam parti yang perlu dibersihkan menjelang pilihan raya umum akan datang.
Katanya, langkah itu penting memandangkan pilihan raya umum ke-13 merupakan penentu kepada PKR dan juga lanskap politik negara.
Anwar juga berkata proses berkenaan juga penting memandangkan parti itu kini sudah dua kali ganda lebih kuat berbanding ketika memasuki gelanggang pilihan raya 2008.
"Dari awal saya kata kita akan saksikan pengkhianatan. Setiap pilihan raya kecil (ada wakil rakyat PKR) lompat. Dekat pilihan raya umum lagilah, harga kian naik," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR Kelapan di Pulai, Johor.
Memetik ucapan setiausaha agung, Saifuddin Nasution sebelumnya, Anwar berkata Nabi Muhammad SAW sendiri tidak akan memaafkan pengkhianat walau tetap memaafkan orang kafir Quraisy yang diperanginya sebelum itu.
Anwar membangkitkan perkara itu dalam latar kongres yang kali pertama diadakan di Johor – kawasan yang tidak pernah dimimpikan untuk dijelajahi PKR pada pilihan raya 2008, katanya.
Namun, dengan keterbatasan pengaruh itu, PKR dan Pakatan Rakyat tetap berjaya menawan lima negeri pada 2008, katanya yang turut memberi amaran kepada golongan yang mahu mencari peluang dalam parti.
"Kalau khianat, terajang awal-awal. Jangan tolak ansur dengan pengkhianat. Kekuatan Umno hanya beli orang sebab dia ada wang. Wang apa? Wang rasuah. Kalau (semangat) kuat tak ada apa yang dapat patahkan kita.
"Kalau PKR kekal mantap, tiga parti ini (PAS-PKR-DAP) tetap bersatu, kita akan tawan Putrajaya," katanya lagi disambut tepukan para perwakilan.
Ps: Siapa yang pilih calon - calon dan wakil rakyat dalam Pilihan Raya Umum sebelum ini kalau bukan dia sendiri yang buat.
Maka, setiap pengkhianatan yang dilakukan oleh wakil rakyat itu adalah merupakan kesilapan diri dia sendiri. Kenapa itu pun susah sangat dia nak mengaku?
Sebaliknya, dia nak samakan diri dia dengan Rasulullah pulak kononnya. Dasar manusia tak sedar diri. Cakap pun ikut sedap mulut je.
Salah sendiri dia tak nampak, tapi asyik nak menyalahkan orang itu dan ini. Ibarat orang bodoh yang suka kaji nyamuk di seberang laut, tapi bangkai depan mata, dia buat - buat tak tau la pulak!!! Memang sial!!!
memang Sial!!!!
BalasPadamSETUJU 200%...Anuar ni memang Sial!!!!
BalasPadam