Selasa, November 15, 2011

AIDCNews – 15/11/11 – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kertas siasatan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan memberi maklumat palsu tentang skandal video seks telah diserahkan kepada Peguam Negara.
“Sama ada ia dibawa ke mahkamah atau tidak akan ditentukan oleh Peguam Negara, saya tidak boleh mengulas lanjut, namun apa yang dimaklumkan oleh Tan Sri Ismail Omar (Ketua Polis Negara) kepada saya bahawa kertas siasatan itu telah dipanjangkan kepada Peguam Negara” katanya dalam sidang media semalam selepas merasmikan Persidangan PJP/KP, Komander dan Komandan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Kuala Lumpur.
Respon kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri itu, Anwar memuatturunkan kenyataan Naib Presiden PKR, N Surendran di lamannya, dengan mengulangi skrip lama menuduh Peguam Negara, Abdul Gani Patail berkonspirasi mahu menjatuhkan reputasi Ketua Umum PKR.
N Surendran mengulangi tuduhan yang pernah dibuat oleh Anwar sebelum ini bahawa Peguam Negara itu ‘memalsukan dokumen’ kes mata lebam Anwar pada tahun 1998.
Walaupun tuduhan demi tuduhan dibuat ke atas peguam negara, dengan dakwaan memiliki ‘bukti yang kukuh’ namun sehingga ke hari ini tiada tindakan mahkamah diambil oleh pihak Anwar dalam isu tersebut.
Ps: Memang itu la hakikatnya. Si Ketua Penipu tu hanya tahu mengatakan bahawa isu yang dibangkitkan ni hanya merupakan konspirasi belaka.

Tapi bila suruh dilakukan sesuatu, dia tak nak pulak. Tak de pun bukti tersebut diserahkan kepada pihak mahkamah untuk disiasat.

Sama la macam isu yang berkaitan dengan video seks dia tu. Kata ianya sengaja dibuat untuk memburuk - burukkan nama baik dia dan keluarga.

Tapi bila dicabar suruh saman Datuk Shazryl Eskay kerana mendedahkan video tersebut, dia tak nak pulak buat. Kenapa dia tak nak buat?

Kenapa sampai hari ni, dia masih teragak - agak untuk mengambil tindakan tersebut? Bukan ke tindakan seumpama itu boleh membersihkan nama dia dan keluarganya?

Pelik, tapi memang itu lah hakikatnya. Si Ketua Penipu ni memang takut dengan Kebenaran. Nak jaga maruah diri sendiri pun dia tak mampu. Inikan pulak nak jaga maruah Negara!!! Lagi la hancurnya!!!

1 ulasan:

  1. Orang macam ni perlu dengar tazkirah subuh dari Al Ustaz Bob Lokman. Baru dia tau dulu dia silap. Sekarang bila masuk PAS baru lah dia Islam sejati.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping