Rabu, November 16, 2011



KUALA LUMPUR 15 Nov. - Perpecahan orang Melayu yang semakin membimbangkan ketika ini akan menyebabkan kaum itu bakal kehilangan lebih banyak hak dan akhirnya menjadi kaum minoriti di negara ini.


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, orang Melayu perlu sedar bahawa kekuatan yang dimiliki bukan sesuatu yang hanya dikira mengikut jumlah sebaliknya melalui perpaduan.


"Walaupun orang Melayu itu majoriti, jika terus hidup berpecah belah dan berpuak-puak, mereka akan menjadi kaum minoriti.


"Realitinya memang sudah terbukti pada masa sekarang. Orang Melayu berpecah kepada beberapa bahagian mengikut parti seperti UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), bahkan orang Melayu juga sudah ada di dalam DAP," katanya.


Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Daerah 2011 di sini hari ini.


Turut hadir, kedua-dua Timbalan Menteri kementerian tersebut, Datuk Hasan Malek dan Datuk Joseph Entulu Belaun; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ibrahim Muhamad dan Pengarah Institut Kemajuan Desa (Infra), Mohd. Shafie Jusoh.


Mesyuarat dua kali setahun melibatkan pentadbir peringkat negeri dan daerah di seluruh negara itu bertujuan mencari penyelesaian masalah berkaitan pembangunan luar bandar.


Shafie berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed yang mengingatkan orang Melayu akan terus kehilangan kuasa sekiranya masalah perpaduan tidak diatasi.


Katanya, antara punca kepada masalah perpaduan yang semakin serius itu adalah sifat sesetengah pihak yang mementingkan diri demi mencapai matlamat politik dan kuasa.


"Perpecahan berlaku kerana ada yang ingin menjadi presiden parti, menjadi pemimpin dan ada juga berpaling tadah menjadi calon Bebas kerana tidak puas hati," katanya.


Shafie berkata, masalah perpecahan orang Melayu tidak akan berlaku sekiranya pemimpin berpegang pada konsep berpolitik untuk membantu rakyat.


Justeru, beliau menyeru orang Melayu supaya bersama-sama bangkit meningkatkan perpaduan demi manfaat yang lebih besar kepada rakyat di negara ini.


"Jika orang Melayu lebih bersatu-padu, manfaat itu bukan hanya akan dinikmati oleh mereka bahkan kepada semua bangsa.


"Kalau orang Melayu sedar bahawa kekuatan itu dapat dipadukan lagi, saya yakin kita akan menjadi negara lebih stabil," katanya.



Ps: Mungkin perkara ini tak pernah terlihat dek puak - puak PAS. Hakikat ini sering sahaja mereka tolak secara bulat - bulat.

Adakah mereka tidak sedar akan kesannya dimasa akan datang? Mustahil diorang tak tau. Tapi disebabkan diorang dah dibutakan dek Si Ketua Penipu tu dengan Kuasa, maka sebab itu la diorang tak nampak!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Pas tak peduli semua tuu....yg penting nafsu Amarah mereka dpt dipuaskan dengan menghasut rakyat supaya membenci Umno.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping