Tak berapa lama lagi, perbicaraan kes liwat Si Ketua Penipu tu bakal berakhir juga. Setelah sekian lama rakyat Malaysia ternanti - nanti, semua orang akan tahu juga kesudahannya.
Mungkin inilah kes yang paling panjang dan paling dinanti - nantikan oleh setiap rakyat Malaysia sebab ia melibatkan seorang Ketua Penipu yang mahsyur dengan tipu helahnya.
Ramai jugak orang yang tanya Semut mengenai perkembangan terkini kes Si Ketua Penipu ni. Diorang mintak sangat agar perhatian tak terpesong dengan kes tersebut.
Tapi, Semut yakin. Kebenaran akan terserlah juga akhirnya. Dan kes tersebut pun dah sampai ke penghujung jalan. Yang tinggal sekarang hanyalah persoalan sahaja.
Antara yang masih belum terjawab ialah mengenai keengganan Si Ketua Penipu tu untuk menyerahkan sampel DNA dia kepada pihak Mahkamah.
Sampel DNA tu pun bukan untuk apa. Cuma nak digunakan bagi membuat perbezaan dengan DNA yang ditemui pada tubuh Mohd Saiful sebelum ini.
Bukan susah pun Si Ketua Penipu tu nak bagi. Hanya setitik darah sahaja dapat merungkai segala persoalan. Tapi, kenapa Si Ketua Penipu tu perlu takut?
Kalau betul dia berada dalam kalangan orang yang bercakap Benar, kenapa dia takut nak ambik tindakan tersebut?
Bertambah malang apabila Si Ketua Penipu tu hanya Berani memberi keterangan dari kandang tertuduh dan tidak boleh disoal balas.
Makin menjadi - jadi la spekulasi yang dibuat oleh rakyat terhadap Kebenaran yang diperkatakan oleh Si Ketua Penipu tu.
Dan yang paling penting, apa implikasi keputusan mahkamah terhadap kes tersebut nanti. Kalau dia didapati bersalah, macam mana reaksi masyarakat?
Kalau dia tak bersalah, kita boleh agak macam mana sombongnya dia nanti. Dah tentu keputusan tersebut akan dijadikan modal dan dijaja dek puak - puak Jaga Bontot dia.
Apa - apa pun kita tunggu dan lihat keputusan yang akan dibuat oleh Hakim Mahkamah hujung bulan ni nanti. Pintu gerbang Hotel Sungai Buloh pun dah ternganga. Tunggu orangnya sahaja yang nak datang!!!
Ps: Lagi menghangatkan kes ni ialah mengenai sindiket Meliwat Para Blogger yang semakin hebat diperkatakan sekarang.
Siapa la yang buat kerja tak semenggah tu ye? Apa orang tu dapat dengan menjual nama blogger ni?
Semut tak menyebelahi sesiapa. Tapi, cuma meluahkan rasa hati je. Rasanya tak ada guna kita nak menjual nama dan hasil titik peluh orang lain. Tak baik. Nanti mak marah.
Sekurang - kurangnya, kalau rasa orang tu buat kerja tak betul, kita tegur. Jangan la kita jadi kerakap diatas batu, hidup segan mati tak mau. Harap - harap, jangan la nama Semut pun terlibat sekali. Kalau tidak, naya je nanti!!!
Semut tak menyebelahi sesiapa. Tapi, cuma meluahkan rasa hati je. Rasanya tak ada guna kita nak menjual nama dan hasil titik peluh orang lain. Tak baik. Nanti mak marah.
Sekurang - kurangnya, kalau rasa orang tu buat kerja tak betul, kita tegur. Jangan la kita jadi kerakap diatas batu, hidup segan mati tak mau. Harap - harap, jangan la nama Semut pun terlibat sekali. Kalau tidak, naya je nanti!!!
Memang dah muak. Sampai ada permintaan jangan siar gambar anuar jika ada ulasan tentang perbicaraan beliau di akhbar. Dulu ramai tertipu. Alhamdulillah ramai dah sedar sampai ketahap jijik tengok muka pak cik anwar ni....Taubat laa...Dah tua dah.....
BalasPadam