Ahad, November 06, 2011


Ini juga satu kisah yang menarik untuk kita jadikan renungan. Sebelum ni, seingat Semut, Si Ketua Penipu tu jugak yang beria - ia nakkan Pilihan Raya diadakan tahun ini.

Sapa tak ingat bila mana Si Ketua Penipu tu keliling Malaysia pukul canang suruh Pakatan Pembangkang tu bersiap sedia untuk hadapi Pilihan Raya.

Bukan baru - baru ni dia buat kerja bangang tu. Sejak dia kena gantung dari menghadiri sidang Parlimen hari tu lagi dia dah berdegar - degar menyebarkan dakwaan mengenai PRU.

Mula dia kata Pilihan Raya Umum akan diadakan pada bulan Jun, selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak. Kononnya, BN nak tengok kekuatan dalam Pilihan Raya Negeri tersebut.

Lepas tu, dia cakap PRu akan dibuat pada bulan Julai. Tapi dia bagi alasan ianya tak jadi sebab ada Perarakan Bersih 2.0 dalam bulan tersebut.

Dia tukar pulak ke bulan Ogos walaupun sepanjang bulan tu, semua orang Islam sedang menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan.

Oleh sebab cadangan dia tu tak masuk akal, dia ubah pulak ke bulan September. Tapi itu pun berubah jugak sebab semua orang ingat lagi isu penipuan 16 September dia.

Jadi dia pun terus mendiamkan diri mengenai spekulasi sebenar bila PRU akan diadakan. Cuma yang tinggal sekarang hanya bayang - bayangnya sahaja.

Dan bayang - bayang itulah yang ditakuti oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu pada ketika ini. Dalam erti kata lainnya, diorang takut dengan bayang - bayang sendiri.

Macam - macam cara diorang buat untuk menghalang Pilihan Raya Umum daripada terus diadakan pada tahun ini. 

Seolah - olah macam diorang pulak yang menghalang spekulasi yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini. Diorang pun main tikam belakang ke?

Tak sedar ke diorang yang tindakan diorang tu hanya membenarkan dakwaan bahawa Si Ketua Penipu tu memang kuat menipu???

Apa yang diorang takut sangat kalau PRU diadakan dalam masa terdekat ni? Bukan ke diorang jugak yang kata bahawa diorang dah bersiap sedia nak menghadapinya?

Jadi untuk apa lagi diorang buat alasan yang bukan - bukan? Dah nampak sangat yang diorang ni memang takut sebenarnya. 

Tapi takut dengan bayang - bayang sendiri. Itulah, sapa suruh menipu. Kan dah kena batang hidung sendiri. Baru Padan Muka Korang!!! Hahahaha...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping