Jumaat, November 11, 2011


SHAH ALAM 10 Nov. - Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman mempertikaikan pembayaran gaji dan bonus Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjumlah RM1.4 juta bagi tempoh dua tahun yang disifatkan melampau dan tidak masuk akal.

Beliau berkata, pembayaran bonus tersebut dilihat tidak wajar kerana ia seolah-olah menunjukkan pengurusan kewangan yang tidak terkawal berbanding prestasi PKNS yang dikatakan tidak begitu memberangsangkan sebelum ini.

Ini kerana, katanya, berdasarkan perangkaan 2009, Pengurus Besar PKNS menerima gaji dan bonus yang keseluruhannya berjumlah RM640,000, manakala pada tahun 2010 (RM760,000).

''Jadi, gaji dan bonus yang tercatat diterima oleh Pengurus Besar PKNS ialah sebanyak RM1.4 juta. Apakah ini menunjukkan satu pengurusan kewangan berhemah yang sebenar ditunjukkan oleh kerajaan negeri.

''Sebab itulah barangkali jawatan Pengurus Besar ini amat istimewa kerana jumlah itu jauh lebih besar daripada gaji yang diterima oleh Perdana Menteri mahu pun Menteri Besar sendiri," katanya kepada pemberita selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Mohamad Satim berkata, selain bayaran gaji dan bonus yang tidak masuk akal, kerajaan negeri melalui PKNS juga gagal melaksanakan agenda sosial dengan mengadakan lebih banyak projek perumahan kos rendah dan sederhana di negeri ini meskipun dilihat sering kali mengaitkan dasar pentadbiran mereka dengan konsep kebajikan.

Sebaliknya beliau memberitahu, PKNS lebih banyak menumpukan projek-projek mewah dan mampu mencapai keuntungan yang tinggi seperti projek Datum Jelatek di Pusat Bandar Keramat yang didakwa mungkin membolehkan bayaran bonus yang tinggi kepada kakitangan dan Pengurus Besar PKNS.

''Kalau dahulu ketika pentadbiran BN (Barisan Nasional) ada juga kita jalankan projek kos rendah dan sederhana untuk rakyat yang selaras dengan objektif PKNS untuk mewujudkan keseimbangan sosial," ujarnya.

Ps: Semut pasti, ini baru sebahagian daripada tuntutan - tuntutan yang dibuat ke atas janji - janji yang ditaburkan oleh Si Khalid Gagap sebelum PRU yang lalu.

Selepas ni, pasti banyak lagi janji - janji yang akan dituntut oleh rakyat. Jangan tak cukup rambut pulak Si Khalid Gagap tu nak garu nanti sudah la!!! Hahaha...
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping