Dalam gagap - gagap Si Khalid Gagap ni, dia pandai jugak menyindir orang lain rupanya ye. Yang disindir pulak tu bukan calang - calang orang.
Sepanjang kongres PKR yang diadakan baru - baru ini, semua pemimpin mereka hanya menghamburkan cacian dan makian terhadap UMNO.
Boleh dikatakan dalam sehari tu, berjuta - juta kali mereka mengulangi nama UMNO. Umno itu, UMNO ini. Kalah promoter pulak dah nampak gayanya.
Maka sebab itulah Si Khalid Gagap ni tegur mereka akan lebih bijak untuk menyampaikan ucapan. Bukan setakat memaki hamun semata - mata.
Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menawarkan formula mudah untuk PKR menawan hati pengundi Johor – tunjukkan bahawa parti itu mampu mentadbir negeri berkenaan dengan lebih baik tanpa rasuah.
Katanya, PKR tidak akan dapat meraih simpati pengundi Johor dengan hanya menghamburkan cercaan ke atas Umno.
"Kita kata dia juga penyamun penyangak itu tidak akan selesai. Kita mesti tunjukkan dalam dasar Selangor berapa peratus rakyat melayu yang mendapat (keuntungan)," katanya dalam ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR Kelapan hari ini.
Katanya lagi, rakyat juga perlu diberitahu bahawa pentadbiran yang baik masih boleh dicapai tanpa Umno.
"PKR dan Pakatan Rakyat akan menjalankan tugas itu dengan lebih baik. Saya berasaskan kepada dua prinsip – pertama kita mesti tunjukkan kepada mereka bahawa kita punya 'delivery' (penyampaian) untuk tunjukkan hasil.
"Selepas penyampaian, kita mesti buktikan kepada mereka kita boleh dipercayai. 'Anda boleh percaya kepada kita sebab kita boleh laksanakan.
"Tiga tahun sembilan bulan kita buktikan pengurusan di Selangor, kita laksanakan. Itu sebab saya berani bersalam dengan saudara sebab saya percaya pada diri saya, saya buat apa yang terbaik untuk saudara," tambahnya.
Nak tunjuk pencapaian konon. Pencapaian apa yang dia miliki sedangkan diri dia sendiri pun dapat aduan dari kalangan ahli mendesak agar dia dipecat dari jadi MB.
Itu pun dia masih tak sedar diri jugak ke? Lagi dia ada hati nak mengajar orang lain konon. Salah sendiri pun tak betul, nak suruh orang lain ikut dia. Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.