Isnin, November 28, 2011

Gamat seketika politik Malaysia apabila ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Akin, Jumaat lalu mencabar Umno membuktikan bahawa ia adalah benar-benar gerakan yang sentiasa memperjuangkan kepentingan Melayu.
Katanya, cara terbaik bagi Umno berbuat demikian ialah dengan mengambil inisiatif meminda perlembagaan negara supaya termaktub bahawasanya hanya orang Melayu-Islam sahaja yang boleh diangkat menjadi Perdana Menteri.
Biasan kenyataannya ialah, jika Ketua Pemerintah Negara adalah orang Melayu maka terlindunglah kepentingan Melayu. Kredit itu untuk Umno. Cabaran Shamsul ini segera mencetuskan reaksi dari pelbagai pihak.
Di halaman-halaman web banyak komentar yang dilambakkan berhubung kenyataan Shamsul itu. Namun yang agak kurang enak ialah apabila Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke mengkritik Shamsul kerana cabarannya itu seolah-olah “menggoda” Umno supaya membuat pindaan perlembagaan itu.
Sedikit mengejutkan ialah Loke menganggap kenyataan Shamsul itu berbau rasis. Hal ini secara langsung atau tidak disokong oleh setiausaha Pemuda MCA, Datuk Chai Kim Sen yang juga menyifatkan pandangan Shamsul itu sebagai perkauman.
Mujur Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim segera campurtangan supaya isu cadangan Shamsul itu tidak merebak menjadi masalah besar bagi PKR yang sedang berkongres di Johor, negeri yang sedang diintai untuk ditawan dalam pilihanraya umum akan datang.
Anwar menolak kemungkinan PKR dan Pakatan Rakyat akan menyokong cadangan Umno (jika berani menyahut cabaran Shamsul) untuk meminda Perlembagaan demi menetapkan hanya orang Melayu sahaja boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia. Ini kerana, katanya, itu bukan pendirian PKR mahupun Pakatan Rakyat.
Persoalannya ialah, jika benar demikian mengapa Shamsul diizinkan berucap di luar lingkaran politik PKR dan Pakatan Rakyat? Tidakkah patut Shamsul dikenakan tindakan disiplin kerana tidak mengikut rukun perjuangan parti dan Pakatan itu?
Tindakan Anwar seolah-olah memberi ruang kepada Shamsul untuk bernafas lega tampil di hujung kongres PKR untuk memperjelaskan  kenyataannya itu adalah digali daripada novel sejarah Cina “Romance of the Three Kingodom” yang mengisahkan kebijaksanaan pakar strategi bernama Sima Yi mengatur keturunannya menjadi Raja Cina.
Apapun, yang dapat dilihat ialah betapa masih rapuhnya pemikiran politik pemimpin pelapis dalam Pakatan Rakyat. Nampaknya halatuju dan dasar perjuangan gabungan itu masih belum benar-benar terhunjam dalam saf pemimpin mudanya. 

Ps: Nampak sangat Si Ketua Penipu tu memang suka pilih kasih. Kalau orang lain buat, dah tentu akan dihadapkan ke lembaga disiplin parti.

Tapi, nasib baik ucapan tu dibuat oleh anak buah kesayangan dia. Maka sebab itulah dia sanggup menutup sebelah mata. Ini yang dikatakan sebagai Keadilan? Keadilan Kepala Tengkorak Dia!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. PKR, PAS dan DAP memang pusing keliling hentam UMNO.

    Namun akhirnya mereka akur bahawa 'perjuangan UMNO itu memang dalam landasan yang betul'.

    Bukankah YB Zul telah jelaskan dalam Parlimen siapa DAP (khususnya Lim Kit Siang) sebenarnya dan apa yang mereka mahu buat kepada Melayu.

    PAS dan PKR terkedu bila perkara ini diungkit dan dijelaskan balik. Apa yang DAP buat dengan PKR dan PAS hari ini adalah sama dengan apa yang mereka buat pada tahun 1969 iaitu 'menghancurkan Melayu menggunakan Melayu'.

    Moga-moga Allah memelihara kita semua.

    BalasPadam
  2. aku tabik juga kat puak PR ni...krn kekuatan PR lah nampak umno kalut..baru nak beria2 jaga hati rakyat..dapatlah juga 100 anak2 kita.kedai rakyat.500 x tahu lg dpt ke x..semua tujuan nak jaga hati rakyat..proceed PR sampai kerajaan memerintah 100% ihklas rakyat di utamakan..itu jelah sudut yg aku nampak kebaikkan adanya PR ni..kerajaan akan jd terbaik bila kekuatan pembangkang hampir sama kuat dgn kerajaan yg memerintah.

    BalasPadam
  3. Ramai org bijakpandai dan berakal telah lama tinggalkan PKR...yg tinggal kini hanya yg bodo bodo !!...Anuwar pun hairan kenapa masih ada yg setia pada nya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping