Ahad, November 06, 2011


Ini satu kisah yang menarik. Semut teringatkan kisah Amr Al - Aas yang pernah datang kepada Rasulullah S.A.W meminta untuk menjadi Gabenor Mesir.

Rasulullah S.A.W kemudian menolak permintaan Amr dengan jawapan agar beliau jangan meminta - minta. 

Terutama sekali meminta untuk berkuasa kerana khuatir apa yang diminta itu tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Baginda khuatir ianya tidak dilakukan demi Allah S.W.T.

Jadi, dalam isu berkaitan dengan Si Zaid Ibrahim ni, nampak sangat yang dia meminta - minta untuk berkuasa. Soalnya, adakah dia mampu untuk melaksanakannya dengan sempurna?

Adakah dia minta untuk jadi pemerintah atas dasar kerana Allah S.W.T atau hanya Gilakan kuasa semata - mata? Korang fikir la sendiri!!!

KOTA BAHARU: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita)akan meletakkan banyak calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 kerana ia mahu menjadi parti pemerintah dan bukan parti pengacau seperti yang dilabel oleh pihak tertentu, kata Presidennya Datuk Zaid Ibrahim.
Sambil berkata Kita merupakan parti politik alternatif terbaik untuk rakyat kerana ia memperjuangkan kesejahteraan insan di negara ini, beliau berkata parti itu tetap dengan hasrat untuk menjadi parti pemerintah dan bukan parti pengacau mahupun pemecah undi.
"Kita bermatlamat menjadi parti pemerintah dan bukannya parti untuk merebut jawatan Perdana Menteri. Sebab itu kita mahu meletakkan calon sebanyak mungkin di kawasan yang difikirkan sesuai bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum nanti," katanya kepada Bernama, Sabtu.
Beliau diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin politik di Sabah dan Kedah yang menyifatkan Kita sebagai parti pengacau apabila berhasrat bertanding banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang.
"Kita bukan parti main-main atau parti untuk memecah undi rakyat. Malah parti ini memberi peluang rakyat buat pilihan, sebab itu kita mahu bertanding di semua kawasan yang mampu dan difikirkan sesuai dan sekaligus menjadi parti pemerintah.
"Kenyataan beberapa pemimpin politik termasuk dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kononnya parti Kita sebagai parti pecah undi tak betul. Kami mahu Kita menjadi parti alternatif yang memacu tranformasi rakyat ke arah parti pemerintah dan parti pilihan rakyat sebenar," kata Zaid.
Beliau berkata ini kerana pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP sudah tidak mampu menjadi parti alternatif untuk rakyat kerana mempunyai agenda dan prinsip perjuangan yang berbeza.- BERNAMA
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping