Ish! Ada lagi penyakitnya Si Nurul Izzah ni rupanya ye? Penyakit dia bukan berpunca dari luaran. Tapi disebabkan faktor dalaman.
Memang dari dalaman pun. Dah orang dalam kawasan dia sendiri yang bagi penyakit pada dia. Maka sebab tu la dia bertambah sakit kepala sekarang ni.
Itulah. Lain kali, buat kerja tu biar la betul - betul. Jangan main ikut suka dia je. Dah la tak terlibat sejak dari mula. Dah siap baru nak bersuara, menda kejadahnya. Sekarang, terima je la. Jangan nak bising - bising pulak!!!
KUALA LUMPUR 3 Nov. - Para peniaga di Bazaria Pantai di sini mengaku bertuah kerana berpeluang menjalankan perniagaan di situ yang ternyata lebih selesa dan selamat.Kata mereka, walaupun saiz gerai lebih kecil berbanding dahulu tetapi persekitaran perniagaan adalah lebih baik dan pelanggan nampak lebih suka datang ke situ.Peniaga makanan, Nik Masni Ahmad berkata, gerai yang kecil bukan satu masalah besar kerana apa yang lebih penting ialah dia dapat peluang berniaga di situ."Saya harap peluang berniaga ini di tempat baru akan menjadikan perniagaan ini lebih maju," katanya.Peniaga bakeri, Othman Kassim, 51, berkata, kawasan Bazaria Pantai sangat strategik dan terdapat pelbagai jenis perniagaan di situ."Tempat lama memang lebih luas tetapi ia berstatus 'setinggan'. Di sini kami dapat berniaga lebih tenang dan orang ramai juga lebih mudah untuk datang," katanya.Katanya, orang ramai juga sukakan tempat itu kerana dengan pelbagai jenis perniagaan yang ada, mereka tidak perlu ke tempat lain.Peniaga nasi campur, Kasim Saleh, 65, yang juga seorang pesara tentera berkata, dia amat bersyukur kerana berpeluang berniaga di kawasan yang lebih sempurna dengan landskap yang cantik.Katanya, dengan kemudahan yang lengkap terutama tempat letak kereta, Bazaria Pantai ini menjadikan perniagaan peniaga lebih selesa dan pelanggan berpuas hati."Jika dulu, elektrik pun tiada, terpaksa 'tarik' sana sini, kini semua kemudahan itu telah disediakan. Tidak perlu fikir apa-apa, cuma berniaga sahaja," katanya.
best laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa korang aku mohon tak dapat berbelas taun meniaga dok bayar sewa 1k sebulan korang pacak kedai haram la nie dapat kedai baru .... sauk la weyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy
BalasPadam