Selasa, November 15, 2011


Sejak kebelakangan ni, banyak dakwaan mengatakan bahawa ada wujud pergolakan dalaman untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib.

Dakwaan tersebut turut mengaitkan nama - nama beberapa tokoh didalam UMNO yang dikatakan menjalankan kerja - kerja subversif bagi merampas jawatan Perdana Menteri.

Bagi Semut, ianya hanya merupakan taktik yang hanya dicipta oleh Pakatan Pembangkang untuk menwujudkan rasa kurang senang dikalangan ahli UMNO sendiri.

Perkara tersebut dibangkitkan bagi mencetuskan perbalahan sesama sendiri diantara pemimpin UMNO agar mereka berpecah belah.

Perkara seumpama ini pernah berlaku dulu dizaman Si Ketua Penipu tu nak jadi Perdana Menteri. Taktiknya, dia lagakan Allahyarham Tun Ghafar Baba dengan Tengku Razaleigh.

Maka dia buat cerita dan pecahkan UMNO kepada dua kumpulan. Satu Pro Pak Ghafar, satu lagi Pro kepada Ku Li. Yang dia pulak duduk ditengah - tengah.

Ini semua kerja Si Ketua Penipu tu jugak. Dia akan cari orang paling lemah dalam UMNO untuk diangkat menjadi pemimpin agar senang dia nak rampas jawatan tu kemudian.

Hakikat ini memang tak dapat nak dinafikan oleh Si Ketua Penipu tu. Bila tiba pemilihan seterusnya, dia mula main wayang kata dia tak nak bertanding.

Tapi, hidup - hidup dia tipu Pak Ghafar dan bertanding menentang Pak Ghafar bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO seterusnya dia jadi Timbalan Perdana Menteri.

Kemudian, dia cuba pulak buat dua kumpulan untuk memburuk - burukkan Tun Dr. Mahathir Mohamed. Tetapi dia tersilap pilih musuh.

Ternyata, Tun M lebih bijak menghidu bau bangkai yang kuat melekat pada tubuh badan Si Ketua Penipu tu terlebih dahulu. Sebab itulah Si Ketua Penipu tu dipecat.

Jadi, sekarang ni pun, benda yang sama jugak dia cuba buat. Dia cuba wujudkan situasi dimana KONONnya dalam UMNO ada banyak puak.

Cubaan dia nak buat puak TS Muhyiddin dan Tun M menentang Datuk Seri Najib dah tak menjadi sebab ianya tak masuk akal lansung.

Keserasian diantara Muhyiddin dengan Najib cukup baik. Sokongan Tun M kepada Datuk Seri Najib juga tidak berbelah bahagi. Tak macam zaman Pak Lah.

Jadi, Si Ketua Penipu tu cari pulak orang lain yang boleh diperalatkan. Dan mangsa dia ialah Ku Li. Dia pergunakan Ku Li seperti mana yang pernah dia buat suatu ketika dulu.

Tinggal lagi, sekarang ni agenda dia tu dibuat secara senyap dengan harapan ianya akan menjadi kenyataan dimasa akan datang.

Sebab apa dia buat semua benda tu? Sebab ternyata bahawa pentadbiran Datuk Seri najib terlalu bagus untuk ditandingi. Maka terpaksa la dia gunakan taktik keji macam ni.

Jangan ingat orang UMNO tak tahu perancangan dia ni. Jangan dia ingat orang UMNO ni bodoh sangat nak percaya pada taktik - taktik keji dia seumpama ini. 

Orang UMNO kenal sangat siapa dia orang yang bergelar Ketua Penipu ni. Jadi, tak payah la dia susah - susah nak mengadu domba yang bukan - bukan!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping