Ahad, November 20, 2011


Kalau Semut nak kata Si Nurul Izzah ni bodoh kang, puak - puak yang kuat Jaga Bontot marah pulak. Susah - susah dia belajar luar Negara.

Tapi tengok mentaliti, macam budak tak pergi sekolah lansung. Dia tak boleh nak bezakan diantara ancaman terhadap keselamatan Negara dengan ancaman Politik.

Bagi dia, 13 orang Pengganas yang ditahan dibawah ISA tu tidak sepatutnya dikenakan tindakan. Kalau boleh, dia nak biarkan sahaja diorang berkuasa.

Esok, KALAU diorang dapat memerintah Negara, datang askar dari Israel nak menjajah Malaysia pun dah tentu akan dibiarkan sahaja.

Mungkin itu la yang nak dituntut puak - puak Pakatan Pembangkang ni gamaknya. Biar tergadai Negara pun tak pe. Diorang peduli apa.

Dah nampak sangat pemimpin - pemimpin Pakatan Pembangkang macam Si Nurul Izzah ni bangang tahap tak ingat dunia. Otak ada, tapi semua letak kat kepala lutut!!!
KUALA LUMPUR, 20 Nov — Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berbohong apabila menjanjikan pembaharuan politik sedangkan pada masa yang sama menahan 13 individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
September lalu Najib berjanji akan memansuhkan ISA.
“Ia (apa yang diperkatakan) hanya kerja perhubungan awam di pihak perdana menteri. Anda telah berbohong kepada rakyat Malaysia,” kata beliau selepas melancarkan Program Sumbangan Yayasan Aman di pejabat Pusat Perkhidmatan Ahli Lembah Pantai di sini hari ini.
Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia pada 15 September lalu, Najib berkata akan memansuhkan ISA dan akan digantikan oleh dua akta baru.
“Jika ada bukti yang membuktikan mereka (13 tahanan) amat berbahaya kepada masyarakat, maka dakwa mereka di mahkamah terbuka,” kata Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau awal minggu lalu sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.
Menurut beliau, kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing “tidak takut mati” dan “mahu mati jihad” amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.
“Kumpulan ini tidak takut mati dan sememangnya mereka mahu mati dalam jihad,” katanya.
Menteri Dalam Negeri itu turut mendedahkan operasi yang dilaksanakan oleh 13 individu yang ditahan tersebut melibatkan tiga negara, tetapi beliau tidak mendedahkan ketiga-ketiga negara terbabit.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. yang eden tau dio tak pun belajar diluar nogori. dio lulusan UNITEN? cam mano ekou kato dibelajar luar nogori? malu lah kaki penipu botol. eden tahu sobab anak eden belajar situ.
    balik pado isu penahanan ni eden sokong apo yang dilakukan olih korajaan. Keselamatan diutamokan bukan akta. kalo sobab keselamatan ISA diguna pakai eden sokong. 13 oran ditahan-ado oran luar ie Indo dan ado yang dah dilatih. ini pun nak dipertikaikan. apoo punyo baral daa. mungkin dio nak lihat Malaysia jadi macam nogaro Islam timur tongah kot.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping