Ahad, November 06, 2011


Halamak!!! Pak Mustafa ni nak tipu sapa sebenarnya? Dia nak tipu diri dia sendiri ke atau dia nak tipu ahli PAS yang diluar sana tu?

Takkan la Pak Mustafa ni tak baca berita kot? Atau dia sengaja buat - buat tak tau pasal perkembangan terkini parti dia sendiri?

Macam mana pulak dia boleh kata yang Si Tony Puaka tu bagi pendirian peribadi sedangkan Pak Berahim mengaku sokong kenyataan dia?

Bukan ke sebelum ni Pak Berahim yang jugak merangkap Ketua Penerangan PAS tu beria - ia benar menyokong kenyataan Tony Puaka ni.

Kata Pak Berahim, kakitangan Awam tak perlu risau kalau ditendang sekali pun selepas Pakatan pembangkang ambik alih Kerajaan nanti.

Diorang akan dapat 'pulangan' yang lebih baik iaitu 'cuti rehat' yang lebih cepat dari yang sepatutnya mereka dapat.

Inilah akibatnya kalau suka sangat menipu. Akhirnya kantoi sesama sendiri je la diorang ni. Lain kali, kot ye pun nak menipu, berpakat la dulu. Jangan main ikut sedap mulut je. Kan dah malu diri sendiri. Sekarang Baru Padan Muka!!!
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Pas menganggap kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua bahawa parti itu akan mengurangkan jumlah kakitangan awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien hanyalah bersifat peribadi.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, sehingga hari ini parti pembangkang tidak pernah membuat ketetapan mengenai perkara itu dalam mana-mana mesyuarat atau pertemuan.

Sehubungan itu, beliau mahu semua kakitangan kerajaan tidak bimbang dengan kenyataan yang telah dibuat oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu kerana ia bukan pendirian rasmi pihak pembangkang.

“Saya perlu memberi respons tentang isu ini kerana ia bukan pendirian rasmi pihak pembangkang, sebaliknya bagi saya ia hanya merupakan pendirian peribadi Tony Pua,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Tidak hairan bin ajaib kalau DAPig selalu *provokes* dari masa ka masa....saperti kes:
    1. Mengurangkan kaki tangan awam dalam kerajaan
    yang kebanyakan nya orang melayu.
    2. Mempersoalkan ibadah korban dengan
    penyembelihan binatang korban depan orang
    ramai.
    Mereka (DAPig)tahu yang orang melayu sudah tidak kuat lagi....perpecah pada 3 kumpulan. Dan orang melayu sendiri yang akan mempertahankan mereka (DAPig) yang terdiri dari parti2 politik. Harap orang melayu akan sedar.
    Bersatu lah untok kepentingan ugama.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping