Khamis, November 10, 2011

NONE
Pakatan Rakyat menjelaskan bahawa tiada kakitangan awam akan dipecat jika gabungan itu  berkuasa, tetapi sebaliknya tumpuan akan diberikan bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam.
Pada sidang media bersama di Parlimen, semalam, pemimpin Pakatan cuba mengendurkan kebimbangan terhadap lebih 1.2 juta kakitangan awam di negara ini bahawa mereka akan diberhentikan kerja.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata Pakatan dalam cadangan bajet alternatif hanya menggariskan bahawa perkhidmatan awam akan dijadikan lebih cekap dan tidak menyebut mengenai mengurangkan jumlahnya itu.
"Pakatan Rakyat sedar bahawa campur tangan politik adalah satu faktor mengapa mutu perkhidmatan awam telah terhakis.
"Kedudukan 1.2 juta pegawai dan kakitangan awam adalah terjamin seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia di bawab perkara 132: Perkhidmatan-perkhidmatan Awam dan Perkara 135: Sekatan mengenai pembuangan kerja dan penurunan pangkat," katanya.
Sidang akhbar itu diadakan bagi meredakan kebimbangan yang dicetuskan oleh setiausaha publisiti DAP, Tony Pua kerana dilaporkan berkata bagi mengurangkan bajet negara, Pakatan akan menamatkan perkhidmatan kakitangan awam yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China.

Ps: Maka atas jaminan ini, ternyatalah bahawa pemimpin dikalangan mereka ni hanyalah seorang Penipu Besar sahaja sebenarnya..

Kalau dah diorang pun turut mengakui bahawa pemimpin dikalangan mereka juga merupakan seorang Kaki Kencing, untuk apa lagi kita nak percayakan diorang ni?

Tapi apa nak pelik. Dah diorang ni semua belajar di Institusi yang sama. Semua bekas graduan Universiti Al - Juburi. Jadi memang itu je la kerja diorang. Asyik Menipu Rakyat Je Kerjanya!!! Mana ada kerja lain!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Baca betul betul...dengan kata lain..kakitangan awam TAK CEKAP...kata PAKATAN...betul ke ?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping