Khamis, November 10, 2011


Memang sesuatu yang membingungkan bila baca ulasan yang dikeluarkan oleh Si Mak Lampir Zuraidah ni apabila dia mengugut Datuk Seri Shahrizat letak jawatan.

Apa pasal pulak Datuk Shahrizat perlu letak jawatan dan meninggalkan Politik hanya semata - mata kerana pendedahan mereka yang tidak berasas?

Dan yang paling pelik sekali ialah apabila Si Zuraidah ni menjadikan kepentingan Barisan Nasional sebagai satu Keutamaan.

Sejak bila pulak dia ambik berat pasal Kepentingan BN ni? Bukan ke dia Ketua Wanita PKR yang jelas menentang semua benda yang dibuat oleh BN?

Jadi dia nak sibuk - sibuk pasal Kepentingan dan Keutamaan Barisan Nasional ni buat apa? Jaga je la parti sendiri yang semakin hari dah semakin nazak tu. 

Macam - macam isu tak selesai, pun nak sibuk jaga kepentingan orang lain. Buat je la kerja tu dulu. Kain sendiri pun dah terkoyak, lagi nak sibuk - sibuk pasal kain orang konon!!! Ceit!!! Pigidah!!!
KUALA LUMPUR, 10 Nov — Ketua Wanita PKR menggesa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar meninggalkan politik dan letak jawatan jika benar-benar mengambil berat tentang Pergerakan Wanita Umno ekoran pendedahan masalah berkaitan projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Zuraida Kamaruddin, yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu seharusnya mengutamakan kepentingan Barisan Nasional (BN) dan wajar menunjukkan bahawa wanita lebih berwibawa dan berintegriti.
"Tindakan paling hormat untuk beliau lakukan adalah berhenti daripada kerajaan dan meninggalkan politik kerana tidak akan ada lagi pendedahan berkenaan projek ini," kata beliau pada sidang media hari ini.
Katanya, hanya tindakan meletak jawatan boleh menyelamatkan imej ahli-ahli Wanita Umno yang turut berhadapan dengan skandal tersebut, yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.
Semalam, Shahrizat mendakwa serangan ke atas beliau berhubung NFC adalah satu agenda politik pembangkang yang mahu memusnahkan Pergerakan Wanita Umno.
"Ini adalah agenda politik oleh pembangkang untuk melemahkan Wanita Umno. Tetapi kami bukan begitu mudah untuk dimusnahkan," katanya.
"Saya rasa malu ada seorang wanita rakyat Malaysia seperti Ketua Wanita PKR," kata senator ini dengan merujuk kepada Zuraida yang sebelum ini mendakwa projek NFC gagal meskipun diberi pinjaman mudah RM250 juta dan tanah seluas 5,000 ekar.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Itu namanya "accountability" bodoh! Kalau dah beli apartment harga RM10 juta atas nama syarikat(milik suami & 2 anak Sharizat) yg sepatutnya membela lembu, apartment di One Merenung Bangsar tu nak dibuat kandang lembu ye? Lu pikirlah sendiri!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping