Khamis, November 10, 2011


Nampak gayanya puak - puak Parti Angguk Saja ni dah terperangkap dalam kerakusan mereka mahu merampas kuasa sehinggakan amanat mereka sendiri pun turut dilupakan.

Bukan sekali dua diorang memaparkan sikap tunduk dan patuh kepada apa sahaja yang diarahkan oleh Si Ketua Penipu tu. Tapi dah banyak kali.

Dalam isu mengenai perlaksanaan Hukum Hudud sebagai contoh. PAS masih juga berdalih dan menyalahkan UMNO kerana tidak mahu menyokongnya.

Tetapi bagaimana pula dengan pendirian Si Ketua Penipu tu yang jelas masih enggan bersetuju untuk menjadikan hukum tersebut sebagai salah satu agenda mereka?

Alasan yang diberikan oleh Si Ketua Penipu tu untuk tidak melaksanakannya adalah berdasarkan konsensus yang bermaksud tidak wujud kesepakatan.

Maka sebab tu ianya tak dijadikan agenda mereka. Jadi, kalau dah tak wujud kesepakatan, apa kejadahnya diorang nak menggelarkan diri mereka sebagai sebuah Pakatan?

Tambah Si Ketua Penipu tu lagi, perlaksanaan Hukum Hudud ni tidak menjadi agenda Pakatan kerana ianya tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Disini sahaja sudah membuktikan bahawa PAS lupa dengan amanat yang dinyatakan oleh Presiden mereka sendiri apabila ianya dijadikan alasan untuk menentang UMNO.

Antara lain yang disebut oleh Haji Hadi sekitar tahun 1981 turut menyebut mengenai perkara ini yang menyeru seluruh ahlinya menentang UMNO yang berbunyi:
Saudara-saudara sekelian percayalah, 
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Maka adalah wajar PAS menentang keputusan yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu yang masih mahu berpegang kepada Perlembagaan dan menolak Hukum Hudud.

Ianya cukup jelas bahawa Si Ketua Penipu tu sendiri masih mahu mengekalkan Perlembagaan Penjajah yang dimaksudkan oleh PAS.

Dan ianya juga termaktub didalam kandungan Agenda Pakatan dan Dasar Bersama yang ditandatangani sendiri oleh Haji Hadi!!!

Demikian juga dalam pendirian yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu berhubung penganjuran program Seksualiti Merdeka yang KONONnya turut dibenarkan oleh Perlembagaan.


Jadi, persoalannya, adakah PAS masih mahu mendabik dada dan masih mahu mengikut telunjuk Si Ketua Penipu ni sedangkan semua dasar perjuangan mereka dah ditolak?

Tapi, apa boleh buat. Kalau dah pandangan mereka dah dibutakan oleh Kerakusan untuk mendapat Kuasa, maka apa sahaja sanggup digadaikan oleh PAS. Dan sebab itulah mereka rela menjadi Munafik kepada kata - kata mereka sendiri!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping