Khamis, November 03, 2011


Kalau dalam Perhimpunan Sejuta Umat hari tu, diorang melarang semua ahlinya terlibat walaupun HIMPUN diadakan atas dasar mempertahankan akidah.

Sekarang, adakah mereka akan turut melarang ahlinya untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Si Ambiga BERSHIT 2.0 ni?

Kena ingat. Alasan PAS sewaktu membuat larangan menyertai HIMPUN adalah disebabkan Perhimpunan itu tidak mahu melibatkan parti Politik.

Demikian juga dengan perarakan BERSHIT yang juga turut tidak melibatkan mana - mana parti Politik tetapi dihalalkan pulak oleh PAS hanya sebab Ambiga.

Jadi adakah PAS akan terus menghalalkan Seksualiti Merdeka bakal dirasmikan oleh Ambiga ni kerana ianya juga tidak melibatkan mana - mana parti Politik?

Atau adakah mereka berani membuat dakwaan terhadap Si Ambiga ni seperti mana yang akan dibuat oleh NGO - NGO lain berkaitan dengan program tersebut? Korang fikir la sendiri!!!
KUALA LUMPUR 2 Nov. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mendesak pihak berkuasa khususnya Jabatan Peguam Negara supaya mengambil tindakan mendakwa Datuk S. Ambiga kerana sikapnya yang semakin melampau apabila menyokong program Seksualiti Merdeka 2011.
Ketua Wiranya, Irwan Fahmi Ideris berkata, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu perlu dikenakan tindakan tegas kerana telah melakukan banyak perkara yang boleh memecah-belahkan perpaduan dan mengugat ketenteraman awam.
"Pihak Peguam Negara perlu mendakwa Ambiga jika Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah selesai membuat siasatan. Sudah lebih 100 hari dia terlibat menganjurkan perhimpunan haram Bersih, Ambiga masih lagi bebas.
"Ambiga cuba membangkitkan kemarahan orang ramai khususnya kaum Melayu.
"Tindakan Ambiga ini sudah melampau apabila menyokong pula hubungan sejenis dan seks bebas yang jelas bertentangan dengan agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Negara sebagai agama rasmi Persekutuan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum menyerahkan memorandum bantahan terhadap Program Seksualiti Merdeka 2011 anjuran kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu kepada Ketua Polis Negara (KPN) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Memorandum itu diterima oleh Penolong Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf yang mewakili Tan Sri Ismail Omar.
Program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula semalam hingga 13 November ini akan dirasmikan oleh Ambiga malam ini.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Paria sorang ni jgn sampai kena kapak kepala dia sbb kami nak pertahankan Islam dan Perlembagaan Negara. KDN dan Peguam Negara tlg ambil tindakan. Jgn ambil mudah perkara begini...dah lama bersabar ni....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping