Ahad, November 27, 2011


Apa benda yang Peguam ni risau sangat ni? Apa yang membuatkan dia pelik sangat bila Sultan ambik tau pasal Politik?

Bukan ke puak - puak Pakatan Pembangkang tu nak sangat Sultan memainkan peranan yang leboh besar dalam pentadbiran Negeri.

Jadi, apa salahnya kalau tuanku Sultan ambik tau pasal Politik di Negeri dia sendiri. Negeri dia, suka hati dia la nak buat apa pun.

Tambah Si Peguam ni lagi, dia risau kalau - kalau kenyataan Tuanku Sultan ni dijadikan sebagai bahan Politik oleh sesetengah pihak.

Apa, dia tak tau ke yang puak - puak Pakatan Pembangkang tu juga memang suka mempolitikkan semua benda yang ada dalam Malaysia ni?

Longkang jadi Politik, jalan jadi Politik, rumah jadi Politik, malah Hujan, ribut banjir, semua dijadikan bahan Politik demi kepentingan mereka semata - mata.

Kalau betul Si Peguam tu nak pelik, maka dia harus pelik dengan sikap puak - puak Pembangkang tu yang suka cakap tak serupa bikin. Kata nak memperjuangkan rakyat, tapi buat kerja, macm gampang!!!
KUALA LUMPUR, 26 Nov ― Teguran secara langsung Sultan Selangor dengan menyentuh nama seorang individu, dalam kes terbaru membabitkan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkenaan laporan kewangan agensi agama negeri, adalah sesuatu yang “luar biasa” dan kemungkinan akan dijadikan modal politik, kata peguam hari ini.
“(Pada pengalaman saya) ia memang sesuatu yang agak luar biasa,” kata ketua bahagian perlembagaan Majlis Peguam Syahredzan Johan kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun peguam muda ini menambah, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai segala hak untuk memberi pandangan sedemikian meskipun dianggap sebagai sesuatu yang agar luar biasa.
Tetapi apa yang dikhuatiri ialah, jelas beliau, kenyataan baginda akan dijadikan isu politik oleh pihak-pihak tertentu.
“Di negara ini setiap isu akan dijadikan modal politik, isu politik. Dari sudut perundangan, kita boleh mengatakan bahawa tidak salah bagi tuanku mengatakan begitu,” kata beliau sambil menambah, ia bukan satu perintah tetapi hanya “satu kenyataan dan pandangan daripada tuanku.”
“Tetapi apa dikhuatiri ialah akan ada pihak-pihak tertentu menggunakan pandangan tuanku ini untuk menyerang individu yang dimaksudkan (Aziz),” katanya lagi.
Dilihat sebagai kenyataan secara langsung yang jarang-jarang dibuat oleh raja dan sultan, kelmarin Sultan Selangor melahirkan rasa dukacita baginda berhubung kenyataan Aziz kononnya laporan kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bebas daripada diaudit.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Ada pihak selalu menyentuh perkara perkara yang telah diletak dibawah baginda baginda sultan sultan dan SPB YDP AGONG. Maka baginda baginda pun menyatakan dukacita, sedih dan tidak senang , megenai suasana yang memasuki phinomina baru itu. APA LAGI YANG NAK DISIBUKKAN. JANGANLAH NAK CUBA MENYELEWENGKAN KEFAHAMAN ATAS DUDUK PERKARA.

    BalasPadam
  2. harus diakui , Sultan berhak menegur apa saja perkara dalam negeri perintahnya , apa lagi jika ia membabitkan kepentingan umum dan terutama berkaitan agama islam .

    tiada siapa boleh pertikaikan teguran sultan , dalam adat melayu , dalam budaya anak melayu , dalam perlembagaan sekalipun telah dinyatakan secara bertulis dan tidak bertulis bahawa sultan itu payung agama dan bangsa melayu .

    kalau pembangkang dengan sombongnya berani pertikaikan titah sultan , kenapa pula sultan tidak boleh bersuara??

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping