Dalam banyak - banyak cadangan, ini la cadangan dan saranan yang paling bijak diberikan kepada Si Ambiga Sreevanesan tu.
Memang patut sangat dia bincangkan dan fikirkan sedalam - dalamnya saranan yang telah diberikan ini. Bukan apa untuk kebaikan dia jugak.
Dari dia dok asyik menyusahkan orang je kerjanya. Adalah lebih baik dia atau mana - mana pemimpin Pakatan yang tak suka dengan Negara ni, keluar dan berpindah terus. Tak payah menyusahkan orang lain!!!
KOTA BHARU 26 Nov. - Pemimpin pembangkang yang asyik memburukkan negara di tempat lain tidak layak untuk menjadi pemimpin.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, tindakan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memburukkan Malaysia di Indonesia seolah-olah menunjukkan beliau bukan rakyat negara ini.
Beliau berkata, tindakan Anwar itu menyaksikan perasaan kebencian rakyat Indonesia terhadap Malaysia begitu tinggi sekali kerana ada pihak yang membakar sentimen mereka.
"Ini tak patutlah, di satu pihak beliau mengatakan nak jadi pemimpin negara ini, tetapi di waktu yang lain memburukkan negara, seolah-olah beliau bukan rakyat negara ini. Kalau benci sangat negara ini keluar sahaja," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Berkhatan Perdana anjuran UMNO bahagian yang disertai oleh seramai 650 murid daripada 27 buah sekolah rendah dalam Parlimen Kota Bharu di Sekolah Kebangsaan Tanjong Mas di sini.
Mohamad Fatmi diminta mengulas ucapan Anwar yang memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara ini tidak bebas dan hakim-hakim yang menjalankan tugas tidak mempunyai kewibawaan kerana terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.