Kes saman fitnah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud ke atas portal berita Malaysiakini akan diteruskan di mahkamah selepas kedua-dua pihak gagal mencapai sebarang penyelesaian.Sehubungan itu, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop menetapkan 9 hingga 2 Januari tahun depan bagi pengurusan kes itu didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Beliau juga menetapkan 13 Disember ini sebagai pengurusan kes lanjut.Malaysiakini diwakili oleh peguam Fahri Azzat manakala Taib diwakili oleh peguam Yee Mei Ken.Ketika ditemui di luar mahkamah, Fahri berkata pihak plaintif mahu pihak defendan memulakan perbicaraan terlebih dahulu."Biasanya plaintif akan membuktikan kes mereka terlebih dahulu ... jadi signifikan ini adalah Taib (plaintif) tidak perlu datang ke mahkamah dahulu, jadi beliau tidak perlu berada di mahkamah lagi."Fahri, bagaimanapun berkata beliau akan berunding dengan anak guamnya sebelum membuat keputusan sama ada Malaysiakini akan membantah permohonan itu.Prosiding hari ini adalah untuk menentukan hala tuju kes berkenaan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Julai lalu memberikan kedua-dua pihak sehingga Sept 9 untuk mencari penyelesaian.Saman, yang difailkan pada 2007, adalah berhubung laporan mengenai pihak berkuasa Jepun menangkap anggota kartel perkapalan yang mengangkut balak dari Sarawak
Ps: Memang patut pun kes tu dibawa ke mahkamah dan dibicarakan. Biar orang semua tengok sendiri macam mana portal rasmi CIA Yahudi tu membela diri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.