Korang tengok betul - betul tajuk artikel yang disiarkan didalam laman blog budak Pro Pembangkang ni. Cukup terang tajuk tu untuk semua orang kan?
Korang baca pulak artikel yang ditulis dalam blog tersebut. Bahagian mana yang dikatakan Siti berminat dengan konsep Negara Islam ni sebenarnya?
Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sesiapa juga tidak perlu bimbang jika PAS menang dan membentuk negara berkebajikan."Siti Nurhaliza dan artis-artis lain juga boleh terus menyanyi dan terus bergiat dalam bidang masing-masing jika PAS memerintah negara.'Malah nasib mereka akan lebih terbela jika berada di bawah pemerintahan PAS, selaras dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan itu," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.Tambahnya, konsep Negara Berkebajikan berbeza dengan negara kebajikan kerana Negara Berkebajikan adalah penekanan kepada keadilan dan ihsan yang menjadi teras pentadbiran kerajaan."Di bawah kerajaan yang seperti itu yang ingin dilaksanakan oleh PAS, keadilan yang ditekankan bukan hanya kepada sesama umat Islam, tetapi juga orang bukan Islam," kata ketika membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk Konsep Negara Berkebajikan pada Multaqa Pendakwah PAS di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, Kuala Lumpur hari ini.
Itu yang bua Semut pelik sikit tu. Macam mana pulak dia kata Keadilan yang ditekankan oleh PAS adil untuk semua termasuk yang Bukan Islam?
Bukan ke selama ini, diorang jugak yang sibuk mengatakan bahawa perlaksanaan Hukum Hudud dalam soal Jenayah tidak akan melibatkan Bukan Islam?
Jadi, dimana wujudnya Keadilan untuk semua yang dimaksudkan oleh Pak Berahim ni sebenarnya? Atau, adakah dia hanya nak menipu orang semata - mata?
Nampak sangat Pak Berahim ni pun sebenarnya tak dapat nak jelaskan mengenai perkara tersebut dan terpaksa menjual nama orang lain untuk melariskan isu ini.
Tapi, nak buat macam mana ye tak? Kalau dah dasar namanya Pakatan Penipu tu, benda apa lagi yang mampu dia buat selain dari menipu je kerjanya!!!
Natte berok tu tak takutkan allah ke? kopiah yahudi ke di atas kepala dia tu? cakap belit2 mcm ketua nuargay dgn toke yahudi dia je....ishhhhhhh tak tahu nak cakap dah puak2 munafik ni.
BalasPadam