Rabu, November 30, 2011

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali digesa meruntuhkan dahulu 'tembok penjara' yang ada di dalam dirinya dahulu sebelum mencampuri urusan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Adik Timbalan Presiden PKR itu, Ummi Hafilda Ali berkata, Azmin perlu terlebih dahulu membuang perasaan taksub dan membuang segala 'sihir' yang telah Anwar lakukan terhadap dirinya.
"Saya minta Azmin segera membuang segala sihir yang telah Anwar lakukan kepadanya sehinggakan dia begitu taksub dan mengagung-agungkan Anwar.
"Tidak timbul isu penjara zalim dan sebagainya, apa yang dilakukan Anwar itu memang salah, dan dia patut dipenjarakan sejak awal lagi. Mana ada seorang pemimpin yang mempunyai rekod buruk seperti Anwar," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Azmin yang mahu meruntuhkan kezaliman penjara sekiranya Ketua Pembangkang itu dipenjarakan ketika menyampaikan ucapan dasar pada majlis perasmian Kongres Nasional PKR Kelapan di Johor Jumaat lalu.
Sebagai seorang pemimpin paling kanan dalam PKR, Ummi Hafilda berkata, Azmin seharusnya mencerminkan sikap peribadi yang mulia bukan mengeluarkan kenyataan yang tidak logik semata-mata kerana terlalu taksub dengan Anwar.
"Bukan sahaja terlalu taksub dengan Anwar, malah disebabkan beliau, Azmin sanggup membuang ibu dan keluarga.
"Hanya kerana kami sekeluarga menyokong UMNO, Azmin membuang kami sebagai keluarga. Malah Azmin pernah kata makanan di rumah kami adalah najis," katanya.
Ummi Hafilda dalam nada sebak berkata, sebagai seorang yang beragama Islam Azmin wajib menghormati ibu yang telah bersusah payah mengandungkannya selama sembilan bulan.
"Tetapi disebabkan ketaksubannya terhadap Anwar dan parti PKR, Azmin langsung tidak datang melawat ibunya sejak Hari Raya Aidiladha lalu sehingga kini.
"Bahkan, Azmin tidak datang majlis perkahwinan anak saudara kami walaupun telah dijemput berkali-kali," katanya.
Sambil meminta Azmin supaya segera melakukan taubat nasuha, dalam nada tegas Ummi Hafilda berkata, disebabkan Anwar keluarganya berpecah-belah dan kucar kacir.
Ps: Ala, apa la Si ummi ni ye. Beria - ia sangat dia nak ingatkan Si Azmin ni mengenai perkara tersebut sedangkan dia sendiri pun dah tahu.

Si Azmin tu memang seorang yang mudah lupa diri. Maka sebab itulah dia sokong Si Ketua Penipu tu dari dulu lagi.

Dia lupa yang selama ni pihak Kerajaan la yang bagi dia hidup. Kalau tak de Kerajaan ni, ada dia dapat hidup mewah seperti hari ini? 

Tak percaya, cuba tanya dia. Dari mana dia memperolehi Kekayaan dia pada hari ini kalau tidak dia kaut semua tu ketika Si Ketua Penipu tu menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu.

Berani dia nak kata yang semua tu dia perolehi hasil titik peluh dia sendiri? Tak de de. Dasar orang tak sedar diri memang macam tu. Orang dah bagi bunga, tahi pulak yang dibalas!!! Sebab tu perangai pun macam musibat!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping