Jumaat, Disember 02, 2011



Hah!!! Akhirnya, ada juga Ahli Parlimen dari kalangan puak - puak Pakatan Pembangkang tu yang nak menjelaskan mengenai isu dakwat kekal ni.

Sebelum itu, korang ingat ke tidak isu yang berkaitan dengan penggunaan dakwat kekal ni dalam Pilihan Raya Umum akan datang? Kalau tak ingat, korang layan video ni dulu.



Jadi, sekarang korang dah tengok macam mana dakwat kekal tu dibersihkan dengan menggunakan bahan - bahan yang telah dijelaskan. Tak sampai 5 minit, dah bersih.

Baik. Mari kita baca sedikit kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Si Nurul Izzah tu mengenai isu penggunaan dakwat kekal ni.
1. PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL (INDELIBLE INK)
1.2 Jawatankuasa mengesyorkan penggunaan dakwat kekal (indelible ink) dalam proses pengundian bagi pilihan raya umum ke-13. Bagi syor ini, Jawatankuasa mendapati bahawa pindaan hanya perlu dibuat kepada peraturan berhubung dengan pilihan raya sahaja tanpa perlu meminda Perlembagaan Persekutuan. SPR perlu menyegerakan proses pindaan peraturan-peraturan yang berkaitan untuk kuatkuasa Penggunaan dakwat kekal semasa proses pilihan raya tidak perlu membabitkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.
Sejarah 2008 dalam PRU 12 : SPR telah mencadangkan penggunaan dakwat kekal, tetapi tiga hari sebelum 8 Mac 2008, penggunaan itu diumumkan ditarik balik oleh bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.
Oleh itu, kita amat bimbang dengan pelaksanaannya nanti kerana penjelasan tentang kenapa dakwat kekal tidak digunapakai di dalam PRU ke 12 bercanggah dari segi kuasa dan kebebasan SPR.
Walau Menteri YB dari Padang Rengas menyatakan bahawa keputusan SPR untuk tidak menggunakan dakwat kekal pada 2008, jawapan Timbalan Pengerusi SPR kepada saya menyatakan sebaliknya. Beliau menyatakan kepada umum bahawa SPR memang terikat dengan arahan kabinet!
Untuk PRU13 –tidak ada sebab mengapa SPR boleh mengelak daripada melaksana tuntutan ini. Saya hanya mahu menambah pelaksanaan dakwat kekal – yang dibenar oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kerana tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan, tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan dan tidak menghalang air sampai ke kulit – harus digunakan setelah seorang pengundi selesai menunaikan tanggungjawab dalam proses pengundian.
Dakwat kekal dilaksanakan di 130 buah negara, dan kita perlu menggunakan tanda aras antarabangsa untuk memperbaiki tahap pelaksanaan sistem kita.
Kalau kerajaan boleh menggunkan kepakaran taraf antarabangsa, APCO dan FBC mengapa tidak mahu menggunakan contoh negara-negara lain dalam penggunaan dakwat kekal untuk menghapuskan penipuan pilihanraya yang melibatkan pengundian berulang kali. - Petikan dari Blog Nurul Izzah
Persoalannya sekarang, kenapa Si Nurul Izzah ni tak nak bagi sebarang komen mengenai pendedahan yang telah dibuat dalam video diatas?

Kenapa dikalangan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas itu sendiri masih mendiamkan diri dan terus tidak mengendahkan perkara ini?

Semut tertanya - tanya. Si Nurul Izzah ni nak sangat dakwat kekal ni diguna pakai. Tapi dia tak nak beri penjelasan mengenai perkara yang telah dibangkitkan.

Hakikatnya, dakwat kekal ni memang sangat mudah untuk dibersihkan. Jadi, dimana yang dikatakan sebagai adil dalam isu penggunaan dakwat kekal ni?

Kalau suruh kaji pasal susu KR1M tu, beria - ia sangat la pulak dia ni. Kononnya, ia ada kaitan dengan rakyat. Habis, isu berkaitan dengan dakwat kekal ni, tak de kena mengena ke? Takkan dia nak buat - buat tak nampak je kot!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Anak beranak Nuar Berahi ni bodoh xleh diajar, cerdik xleh diikut.

    Yg percaya pada kata2 mereka ialah lembu2 yg lebih bodoh drp lembu2 NFC.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping