Jumaat, Disember 09, 2011


Hanya itu sahaja ungkapan yang perlu dinyatakan apabila berbicara soal Parti Angguk Saja ni. Tak payah nak cakap banyak. Diorang memang GAGAL.

Diorang bukan setakat GAGAL melaksanakan agenda untuk memartabatkan agama Islam didalam Malaysia. Malah mereka juga GAGAL dalam banyak aspek lain.

Kononnya, diorang gugurkan agenda Negara Islam untuk tubuhkan Negara Kebajikan. Itu sahaja sudah cukup membuktikan bahawa mereka GAGAL.

GAGAL membangunkan Negara Islam yang selama ini menjadi denyut nadi perjuangan parti yang KONONnya nak menegakkan syiar Islam.

Kalau tak GAGAL, menda jadah pulak diorang nak gugurkan perjuangan Negara Islam tu dan digantikan dengan Negara Kebajikan?

Kalau lihat senario semasa, nak tubuhkan Negara Kebajikan apa kebendanya kalau di Negeri yang diperintah oleh mereka selama hari ini pun masih tidak terbela kebajikan rakyat?

20 tahun mereka memerintah Kelantan, isu air pun tak selesai. Tambah pulak nak cerita pasal isu masalah sosial dan juga peningkatan Ekonomi rakyat.

Itu semua tanda - tanda dan bukti - bukti keGAGALan PAS. Jadi, untuk apa lagi kita nak cerita banyak? Dah diorang memang GAGAL. Itu je yang penting!!!
KOTA BHARU 8 Dis. - Pengakuan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Abdul Fatah Harun bahawa kerajaan negeri hanya membina sebuah masjid daripada wang sendiri sejak mentadbir lebih 20 tahun lepas, bukti keupayaan sebenar parti itu.
Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian berkata, kerajaan Pas Kelantan tidak mampu memenuhi aspirasi rakyat termasuk dalam soal mengangkat kedudukan agama Islam yang digembar-gemburkan sebagai perjuangan parti pembangkang itu.
Beliau berkata, pengakuan Abdul Fatah itu juga bukti bahawa tiada perubahan besar yang dilakukan oleh Pas di Kelantan, sebaliknya hanya retorik dengan slogan Membangun Bersama Islam.
Justeru katanya, rakyat Kelantan perlu benar-benar sedar dan menilai sendiri pengakuan wakil rakyat Pas itu bahawa parti berkenaan tidak mampu memenuhi aspirasi mereka.
"Kita berterima kasih kerana beliau membuat pengakuan tersebut kerana sebelum ini Kerajaan Pas Kelantan sering berdolak-dalik apabila diminta menyenaraikan pelaksanaan program terhadap Islam yang telah dibuat di negeri ini.
"Mandat rakyat yang diberi selama ini telah disia-siakan, misalnya dalam isu masalah air yang hanya akan diselesaikan dalam tempoh lebih 17 tahun lagi. Jika dalam tempoh lebih 20 tahun hanya sebuah masjid yang dibangunkan oleh Pas, apatah lagi soal pembangunan umat, golongan belia yang pasti tidak dapat dilaksanakan mereka.
"Maka, rakyat kena menilai semula kenapa mereka perlu lagi memilih Pas yang mengaku tidak mampu membawa kemajuan. Rakyat perlu buat perubahan," katanya kepada Utusan Malaysiadi sini, hari ini.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. pakat pakohlah lagi parti bulan yg dah gerhana mcm gerhana penuh mlm ni......parti puak natte serban gilo babi tonyok

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping