Ahad, Disember 18, 2011


KUALA LUMPUR - Pas telah meninggalkan perjuangan Islam sebaik sahaja parti itu bersahabat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP


Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, disebabkan perubahan itu juga agenda perjuangan memartabatkan Islam di Selangor oleh bekas Pesuruhjayanya, Datuk Dr. Hasan Ali tidak disenangi oleh kepemimpinan parti khususnya di peringkat pusat.



Beliau berkata, rakyat perlu sedar dengan perkembangan itu kerana sejak Pas bersekutu dengan Anwar serta DAP, parti tersebut telah mengalami perubahan drastik sehingga ke tahap terpaksa mengorbankan agenda perjuangan Islam.



"Pas lebih mementingkan nilai keduniaan iaitu kemenangan pada pilihan raya daripada meneruskan agenda perjuangan Islam sedangkan inilah perjuangan yang sepatutnya mereka utamakan.



"Akhirnya pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan Islam seperti Dr. Hasan Ali akan diketepikan kerana tidak selari dengan perjuangan Pas walaupun apa yang dilakukan oleh Exco Selangor itu adalah perjuangan asal Pas," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.



Beliau yang juga Timbalan Presiden Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang mengulas cabaran Hasan dalam usahanya memartabatkan Islam di Selangor.



Bagaimanapun, pendirian Hasan yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu tidak disenangi oleh beberapa pemimpin Pas sehingga namanya disebut-sebut digugurkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).



Terbaru, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dalam sebuah akhbar bahasa Inggeris telah menyerang Hasan dengan mendakwa kenyataan bekas Naib Presiden Pas itu seolah-olah menggambarkan parti itu tidak lagi mempertahankan Islam.



Mohamed Hafiz berkata, pemimpin-pemimpin lain yang sepatutnya meninggalkan Pas dan bukannya Hasan kerana disebabkan mereka matlamat asal perjuangan Pas telah berubah.



"Mereka ini diumpamakan anai-anai di dalam parti dan ia pernah disebut oleh Salahuddin Ayub ketika menjadi Ketua Dewan Pemuda Pas pada muktamar parti 2005.



"Di dalam muktamar itu saya memberi sokongan penuh terhadap kenyataan itu," katanya.



Dalam pada itu Mohamed Hafiz berkata, sebahagian besar ahli di peringkat akar umbi menyokong penuh tindakan Hasan di Selangor kerana itulah agenda asal perjuangan Pas.



"Ini bukan saya yang kata tetapi ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi yang kata. Saya tidak nafikan ada yang menyokong pemimpin-pemimpin Pas Pusat tetapi harus diingat sebahagian besar mereka berdiri teguh di belakang Dr. Hasan. Mereka melihat Dr. Hasan telah melakukan sewajarnya untuk Islam



"Begitu juga nasib yang menimpa bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa. Beliau juga masih mendapat sokongan daripada ahli di peringkat akar umbi," katanya. - Sumber Utaranews

Ps: Memang itulah hakikat sebenarnya dalam PAS hari ini. Mereka tidak lagi mementingkan soal perjuangan. Yang mereka pentingkan hanya kuasa semata - mata.

Maka sebab itulah mereka lebih rela tunduk dan akur dengan segala perintah DAPigs serta PKR. Bukan perintah Allah S.W.T.

Bukan setakat pemimpin diorang je yang tak faham, ahli sendiri pun dah bengong dengan hala tuju perjuangan Parti PAS ni sebenarnya. 

Kalau ditanya bab Hukum Hudud pun dah masing - masing terpingga - pinga, tak reti nak jawab. Tak tau nak balas apa. Akhirnya terpaksa la kata orang spin dan sebagainya.

Itu je tahap mentaliti pengikut Parti Angguk Saja ni. Kata diorang, kalau tak faham ikut je. Itu ke yang dituntut dalam perjuangan Islam? Itu bukan perjuangan, itu Haram Jadah namanya!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Pas masih mimpi disiang hari !

    BalasPadam
  2. wahai PAS,kalu dalam soal menjaga maruah dan kesucian ISLAM...tak payah nak halang atau nak pecat seseorang tu walaupon dia tegas dalam hal Islam....contohnya,bila berlaku peperangan jihad...adakah kita perlu meminta izin orang/ketua kita untuk turut serta dalam jihad membela Islam??? tak perlu la nak bersurat bagai dan semua itu....jadi apa yang pihak JAIS buat ketika melakukan operasi mencegah murtad di DMC,Kota damansara adalah dibenarkan kerana untuk menjaga maruah islam....herannya ada jugak balaci kehormat PAS yang lantang mengutuk apa yang dilakukan oleh pihak JAIS dan Hasan ali.....seolah2 membela islam perkara kecik....soal murtad ni bukannya kecik...ia melibatkan akidah....sapa yang murtad dianggap keluar islam dan takkan cium bau syurga.....kenalkah anda dengan khalid samad@khalid gereja???kenapa beliau diberi gelaran gereja??? ini kerana beliau memaksa hasan ali dan JAIS supaya meminta maaf kepada pihak gereja DMC atas apa yang berlaku.....aq cukup heran....membanteras murtad,dihina sebagainya.....memurtadkan orang islam,dibiarkan begitu saja...apa yang PAS buat atas nama islam jika soal ni tidak diberi keutamaan tinggi????

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping