"Em...semua orang nak kenakan aku. Semua orang tak boleh percaya. Termasuk la isteri dan anak aku sendiri. Diorang semua berkonspirasi nak menjahanamkan aku." |
Kalau dia tak jadi Presiden, maka mungkin dia juga merupakan Penasihat kepada UMNO dan Barisan Nasional kerana telah menulis skrip dibawah.
Maklum la. Apa yang dinyatakan oleh Mohd Saiful ni kan semuanya merupakan fitnah dan konspirasi yang sengaja dibuat oleh UMNO untuk memalukan Si Ketua Penipu tu.
Jadi, dengan memfailkan rayuan bagi kes dia ni juga merupakan diantara skrip yang dibuat oleh UMNO. Dan dia sedap - sedap dapat meliwat Mohd Saiful juga adalah kerja UMNO jugak!!!
Mohd Saiful Bukhari Azlan berharap pihak pendakwa dapat mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan untuk mendapat pembelaan adil untuk dirinya.
Dalam tulisan terbaru di blognya, Mohd Saiful, 26, bekas pembantu peribadi dan pengadu kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mempunyai hak untuk mendapat pembelaan yang adil hingga ke peringkat tertinggi badan kehakiman.
"Semua sedia maklum keputusan pada hari ini tidak memihak kepada saya. Namun saya redha dan menghormati keputusan ini...saya menerimanya dengan hati yang tenang.
"Bagaimanapun aduan saya sebagaimana laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mempunyai hak untuk diadili hingga ke peringkat mahkamah atasan. Oleh itu saya dan keluarga berharap agar pihak pendakwa raya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan," katanya.
Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh hari ini dilepaskan dan dibebaskan dari tuduhan meliwat Mohd Saiful tiga tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah membuat keputusan itu dengan alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa selain pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar melakukan perbuatan itu.
Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Tambah Mohd Saiful, beliau percaya setiap perkara yang berlaku "ada hikmahnya" selain ia ketentuan Allah.
"Sebagai hamba Allah, saya percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah pastinya jauh lebih hebat dari manusia.
"Iman dan keyakinan saya pada Allah tetap teguh. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.