Jumaat, Februari 17, 2012


PERMATANG PAUH – Seorang pengarah syarikat produk makanan yang juga kakitangan awam sebuah syarikat pelabuhan bergelar ustaz dicekup kerana bersekedudukan dengan seorang wanita bukan muhrim di sebuah rumah dekat Pangsapuri Pesona, di sini, petang semalam.

Serbuan ke atas rumah yang terletak di Blok A pangsapuri itu dilakukan Biro Keselamatan Persatuan penduduk Pangsapuri Pesona, kira-kira jam 6 petang selepas menerima aduan daripada jiran tetangga.

Sinar Harian difahamkan, lelaki berusia lingkungan 50-an itu sudah berkahwin dan mempunyai anak dan tinggal di Lunas, Kedah. Difahamkan juga, rumah di pangsapuri itu dibeli dari seorang doktor kira-kira dua tahun lalu hanya dijadikan sebagai tempat persinggahan.

Sementara itu, wakil biro yang hanya mahu dikenali sebagai Lan berkata, intipan sudah dibuat ke atas rumah berkenaan sejak setahun lalu selepas pihaknya banyak menerima aduan daripada jiran lelaki berkenaan.

Menurutnya, lelaki itu didakwa menggunakan tiga kenderaan berbeza setiap kali singgah ke pangsapuri itu, selain mendakwa setakat ini kira-kira enam wanita berlainan dibawa masuk ke rumah berkenaan.

“Ketika serbuan dilakukan, lelaki itu enggan memberi kerjasama dan hanya membuka pintu selepas kira-kira 20 minit diketuk. Apabila pintu dibuka, dia hanya berkain pelekat dan berbaju, manakala wanita itu pula sudah menanggalkan tudungnya.

“Pada mulanya, dia memberitahu bahawa wanita berusia lingkungan 20-an itu adalah anaknya. Tetapi, apabila pemeriksaan dilakukan ke atas kad pengenalan kedua-dua mereka mendapati sebaliknya.

Dia kemudiannya menukar kenyataan pula dengan mengatakan wanitaitu anak saudaranya dan memberi alasan mahu memberikan gula kepada wanita itu,” katanya.

Ps: Kita sikit pun tak heran sebab perkara ni dilaporkan berlaku dikawasan Permatang Pauh, kawasan Parlimen tempat Si Ketua Penipu tu sendiri.Maklum la.

Kita pun tahu yang Si Ketua Penipu tu juga menyokong penzinaan di tempat yang tertutup. Kalau buat ditempat awam yang terbuka, lain cerita kata dia.Jadi, nak kata apa lagi?

Kalau dah Ahli Parlimen Permatang Pauh sendiri yang cakap macam tu, tak heran la kalau diorang pun ikut cakap dia sebab dia pemimpin.

Tapi, yang herannya, orang PAS boleh pulak mendiamkan diri dan tengok je benda ni berlaku.Kononnya, diorang ni nak memperjuangkan Islam. 

Ini perjuangan Islam menda kejadahnya? Kalau buat maksiat ditempat tertutup ni tsk kira Haram ke!!! Nak menyokong pun, Agak - agak la wei!!!

Published with Blogger-droid v2.0.4
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Tu sebab nape meka lebih suka buat keja di kawasan tertutup. Sape yang nak buat keja macam tu di tempat terbuka. Dah tentu lebih dari empat orang boleh jadi saksi. Bijak betul lah kepala mereka menipu hadis semata-mata nak elak dari menerima empat orang saksi. Hahaha..... kalau di tempat tertutup mana nak dapat empat orang saksi. Tu lah sebabnya si AI kata tak boleh buat di tempat terbuka. Jadi dia orang pun nak guna pakai lah ungkapan tu. Nah.... orang2 macam AI saja yang nak ikut cakap ketua mereka. Termasuklah penyokong2 mereka.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping