Inilah akibatnya bila suka sangat buat kerja yang bukan - bukan. Akhirnya dah terpaksa dihadapkan ke Lembaga Disiplin.
Tapi, dalam dua keadaan yang berbeza - beza ni telah menampilkan wajah sebenar parti Ultra Chauvinist tu kepada rakyat Malaysia.
Satu, sikap Keterbukaan dan Ketelusan yang dikatakan oleh mereka selama hari ini hanya merupakan satu pembohongan semata - mata.
Mana tidaknya. Si Ramasamy tu baru kritik sikit pasal kepimpinan DAPigs, dah dihadapkan ke lembaga disiplin. Mana perginya Kebebasan Bersuara dalam parti tu?
Yang kedua pulak, dasar kronisme dan korupsi yang turut menjadi amalan dikalangan pemimpin mereka juga turut menular dalam parti tersebut.
Bagi la alasan apa sekali pun. Hakikatnya diorang pun buat apa yang diorang pernah dakwa berlaku didalam UMNO/BN selama hari ini.
Jadi, tak payah la diorang nak mendabik dada dengan mengatakan yang diorang ni lebih baik dari Barisan Nasional. Hakikatnya, diorang lagi teruk dari itu sebab diorang mengamalkan sikap Munafik!!!
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Dr P. Ramasamy dan setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming akan berhadapan dengan jawatankuasa disiplin DAP Khamis ini berhubung isu berbeza.Pengerusi jawatankuasa itu Tan Kok Wai berkata jawatankuasa akan melihat aduan yang dibuat terhadap Ramasamy berhubung pelbagai perkara berkaitan pelanggaran disiplin dan dakwaan bahawa Nga menyalahguna kuasa sebagai exco kerajaan negeri semasa pentadbiran gabungan PKR-DAP-PAS di Perak."Jawatankuasa akan bermesyuarat Khamis pada pukul 4 petang untuk melihat perkara itu," katanya ketika dihubungi Bernama.Empat aduan dibuat terhadap Ramasamy manakala satu aduan dibuat oleh DAP cawangan Greenwood di Ipoh terhadap Nga.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.