Ahad, Februari 12, 2012


Apa nak buat ye tak. Tak pasal - pasal je tebal muka puak - puak Parti Angguk Saja tu bila diorang tahu cerita sebenar mengenai perkara ini.

Kalau tidak dulu bukan main sangat diorang bangga sebab ada seorang Ustaz yang lantang bersuara mengkritik Kerajaan.

Cuma yang diorang tak tau ialah Ustaz tu sendiri bukan dikalangan ahli - ahli mereka. Dalam banyak - banyak ceramah yang dibuat, dia kritik pemimpin.

Jadi tak kira la siapa yang dikritiknya sama ada pihak Kerajaan BN atau pun Kerajaan Pakatan Pembangkang. Asal tak betul, akan jadi bahan kritikan Ustaz ni.

Lagi pulak, profesion dia memang sebagai seorang penceramah dan seorang pengkritik. Dia cari makan dengan cara itu. Jadi nak heran apa sangat kalau dia kritik sesiapa pun?

Kalau dia pergi ke ceramah anjuran PAS, dia  akan kritik UMNO. Begitu jugak la sebaliknya. Dah itu caranya dia cari duit, nak buat macam mana lagi? 

Jadi, tak payah la puak - puak PAS tu nak bangga sangat. Kan tak pasal - pasal je dah tebal muka tu? Baru Padan Muka Diorang!!!
KUALA TERENGGANU – “Tidak. Saya tidak akan bertanding sebagai calon Pas pada pilihan raya akan datang,” kata Ustaz Azhar Idrus.

“Saya akan terus buat kerja yang saya sedang buat sekarang (berdakwah) sampai mati,” katanya lagi, lebih menekan berbanding ayat yang terawal untuk menafikan desas-desus konon beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kini tersebar desas-desus di sini, pendakwah berusia 48 tahun itu dikatakan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang.

Lebih mengejutkan, Az­har kemudian memberitahu: “Saya bukan ahli Pas.”

“Memang, selama ini ramai orang ingat (anggap) saya ahli Pas. Kita berjemaah tapi saya tidak masuk mana-mana parti politik,” tegasnya.

Penulis pojok, Cik Kiah Kepok menerusi ruangan ‘Cuit-cuit Sikek’ Sinar Harian 12 Januari lalu mengaitkan Azhar disebut-sebut akan bertanding sebagai calon Pas pada pilihan raya akan datang.

Antara lain kata penulis itu, nama pendakwah yang mempunyai ratusan ribu peminat di seluruh negara itu turut hangat diperkatakan di kawasan Ladang, tempat asal Azhar sendiri.

Sosok yang cukup dikenali dengan imej berjanggut lebat itu antara penceramah agama masa kini yang paling popular di negara ini terutama sejak berpuluh-puluh video klip kuliahnya dimuat turun menerusi laman Youtube.

Namun kata Azhar, pembabitannya dalam kerja dakwah sama sekali tidak bersandarkan kepada ma­na-mana kelompok politik termasuk Pas meskipun ramai yang melihat aliran dibawanya agak selari dengan perjuangan parti itu.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan sering kelihatan dalam program anjuran Pas.

“Dah orang jemput kita, kena pergilah. Tak kiralah Pas atau siapa. Umno pula kurang jemput saya ceramah,” katanya dengan nada bersahaja ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Wan Esah, Seberang Baroh, di sini.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Tak merasa masuk syurga lah ustaz ni sebab dia bukan ahli PAS

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping