Kalau sebelum ni, puas la Pakatan Pembangkang tu melolong - lolong nak memperjuangkan Hak Kebebasan Bersuara dikalangan rakyat Malaysia.
Konon, kata mereka, di Malaysia ni Hak tersebut dikekang oleh pihak Kerajaan. Rakyat tidak dibenarkan untuk meluahkan perasaan mereka masing - masing.
Tapi secara hakikatnya, puak - puak Pakatan pembangkang tu jugak yang mencemar hak kebebasan bersuara ni didalam parti mereka sendiri.
Pantang kalau ada ahli yang menyuarakan pendapat atau memberikan sebarang kritikan terhadap mereka, pasti ahli itu akan dikenakan tindakan dan dipecat.
Jadi, perkara yang sama jugak telah dilakukan oleh Si Zaid Al - Araki ni dalam parti KITA. Demi meneruskan kelansungan dalam perjuangan Hak Bersuara, dia juga ikut jejak mereka.
Oleh kerana dia takut agenda dia untuk membubarkan parti KITA tidak menjadi kenyataan, maka dia pecat dua orang yang bakal menjadi penghalang kepada agenda tersebut.
Mereka ialah Pengerusi KITA Kedah dan Pulau Pinang. Alasan yang diberikan ialah kerana mereka melanggar undang - undang parti.
Perkara ini lebih kurang sama jugak dengan tindakan yang telah dibuat oleh PAS terhadap Hassan Ali ketika mereka memecat beliau tidak lama dahulu.
Padahal semua orang tahu. Tindakan memecat ahli ni bukan sebab mereka melanggar disiplin parti sahaja sebenarnya.
Yang sebetulnya, mereka ni dipecat sebab mereka mengkritik dan mengutuk Si Ketua Penipu tu secara terang - terangan.
Jadi dalam erti kata lainnya, SI Ketua Peipu tu dah menjadi manusia maksum dan tidak boleh ditegur lansung didalam Malaysia ni.
Sama jugak la dengan Si Wali Terompah tu. Mana ada orang yang boleh tegur dia sebab apa yang dia buat semua benda betul belaka. Itulah dasar perjuangan Islam yang dikatakan oleh Pakatan Pembangkang ni sebenarnya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.