Kalau sebelum ni, Semut paparkan persamaan yang agak ketara berlaku diantara skandal video artis ni dengan Si Ketua Penipu tu.
Kali ini, artis tu juga turut mengulangi skrip yang agak sama dengan Si Ketua Penipu. Demi menafikan video Si Ketua Penipu tu, pengikut dia kata ianya Super Impose.
Ini pulak kenyataan yang dikeluarkan oleh artis tu tadi bagi menjelaskan tentang pendedahan video yang masih hangat diperkatakan ketika ini.
"Melia rasa ia super impose yang dilakukan pihak tertentu untuk menjatuhkan Melia. Melia akui agak terkilan kerana ada pihak suka melihat Melia jatuh dalam industri ini dengan melemparkan pelbagai cerita buruk, walaupun Melia bukanlah sepopular pelakon lain."Lepas tu kecoh pula laman Facebook milik si Melia Aimiellia digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Semuanya gara-gara ingin mencari Video Lucah Melia Aimiellia yang dikatakan telah diupload di Facebook beliau untuk tatapan peribadi. Apa kejadah semuanya ini?
Tak reda lagi dengan kisah laman Facebook Melia Aimiellia digodam, kecoh pula tentang cincin yang dipakai oleh pelanduk dua serupa itu sama dengan cincin kepunyaan Melia Aimiellia.
Sumber : Oh Bulan “Melia pernah memakai cincin hitam yang diberi bekas teman lelaki. Tetapi cincin itu Melia buang selepas siri jelajah Festival Filem Malaysia (FFM24) yang lalu, atas sebab kami sudah berpisah. Melia juga ada menghubungi portal hiburan itu dan mereka sendiri tidak dapat memastikan bila video itu diambil kerana tidak mengetahui sumber yang menyebarkan video tersebut.”
Mungkin ianya secara kebetulan wujud persamaan seperti ini. Dalam isu video Si Ketua Penipu tu pun hitam putih jugak.
Kalau bukti dalam video Si Ketua Penipu tu ialah jam. Yang kes artis ni pulak cincin. Dan yang paling penting, dua - dua menafikan perkara ini, tapi tak ambik tindakan.
Inilah yang menjadi persoalan sebenarnya. Jika benar mereka tidak ada kaitan, kenapa tidak diambil tindakan terhadap orang yang mendedahkan video tersebut?
Mungkin, dalam isu artis tu, dia tak kenal dengan orang yang buat pendedahan. Tapi isu Si Ketua Penipu tu macam mana?
Tipu sangat la kalau dia kata dia tak kenal orang yang buat pendedahan tu. Tinggal lagi, dia je yang kecut telur nak ambik tindakan!!! Kalau dah maruah keluarga dan diri sendiri pun dia GAGAL nak jaga, inikan pulak nak jaga maruah Negara!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.