Nampak gayanya, Si Ketua Penipu tu terus dipukul mundur akibat kelantangan suara dia mempertahankan Negara Israel sejak akhir - akhir ni.
Dia yang tetap kekal dengan pendirian untuk mempertahankan Keselamatan dan Kedaulatan Negara rejim zoinis tu.
Walaubagaimana pun, dalam masa yang sama, Si Ketua Penipu tu tetap juga mengatakan bahawa pihak media arus perdana terutamanya telah memutar belit kenyataan dia.
Malah, dia juga turut menegaskan yang laporan dalam Asian Wall Street Journal tidak sama dengan jawapan yang dia berikan sebelum ini.
Atas sebab itu, PAS melalui Majlis Syura Ulama yang bermesyuarat baru - baru ini telah mengeluarkan kata dua kepada dia.
Mereka nak sama ada dia tarik semula kenyataan didalam WSJ atau mengambil tindakan terhadap portal tersebut.
Bukan setakat Majlis Syura sahaja yang berang dengan kenyataan Si Ketua Penipu tu. Ketua Pemuda Permatang Pauh pun dah naik angin. Siap ugut nak keluar parti lagi.
Soalnya sekarang, rakyat dapat melihat yang PAS sudah berada dipersimpangan. Sama ada nak terus menyokong Si Ketua Penipu tu atau keluar dari Pakatan.
Tapi, kalau diorang masih jugak Gila Kuasa dan nak merampas Putrajaya, jangan harap la!!! Dah tentu - tentu diorang takkan keluar. Masa tu, ternyata diorang lebih sanggup melacurkan perjuangan Parti dan menyokong Penjilat Tegar Negara Zionis tu!!!
GEORGE TOWN: Ketua Pemuda Pas Cawangan Permatang Pauh, Mohammad Hafiz Nordin yang berang dengan pendirian ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong Israel, menggesa kepimpinan Pas supaya menamatkan hubungan dengan pakatan pembangkang.Mohammad Hafiz, yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, hari ini menyertai berpuluh-puluh anggota Dewan Pemuda Pas negeri mengadakan demonstrasi dengan memegang poster tertulis "Anwar Pengkhianat", "Singkir Anwar", "Anwar Sokong Penceroboh" dan "Anwar Agen Israel".Demonstrasi itu, yang berlangsung selama 30 minit selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Sheikh Eusoff di Jalan Datuk Keramat di sini, turut disertai anggota beberapa NGO seperti Persatuan Al-Ehsan Islamiyah Malaysia, Persatuan Anak Jati Melayu Islam Negeri (PAJIM) dan Perkasa. - MyStar
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.