Isnin, Februari 13, 2012


SHAH ALAM – Tiada guna menukar nama sambutan Hari Kekasih kepada Hari Suami Isteri, jika ia tidak memberi kesan yang baik kepada budaya umat Islam.


Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, penukaran nama itu tidak penting. Yang utama adalah pengisian sambutan tersebut.


“Kalau kita ubah nama itu boleh memberi perubahan baik kepada Islam, baguslah, tetapi jika tidak memberi apa-apa kesan, untuk apa diubah?,” katanya kepada Sinar Harian.


Menurutnya, Hari Suami Isteri boleh diraikan pada bila-bila masa dan nilai budaya Islam perlu dipertahankan.


Katanya, tarikh 14 Februari itu semakin menjadi ingatan ramai, apabila dimeriahkan oleh peniaga.


“Mereka ambil kesempatan menjual bunga dan cenderahati di merata tempat,” katanya.


Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia itu berkata, tarikh itu tidak memberi apa-apa makna jika hari itu disambut dengan perbuatan yang tidak bermoral.


Minggu lalu, Pas Kelantan mencadangkan Hari Kekasih yang disambut setiap 14 Februari, diganti kepada sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan.


Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, adalah lebih elok jika Hari Kekasih atau Valentine Day, yang dipuja dan diilhamkan pengikut agama Kristian, diganti dengan sambutan Hari Suami Isteri untuk melahirkan keluarga bahagia mengikut acuan Islam.


Sementara itu, penceramah bebas, yang juga Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional, Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, adalah lebih baik mengembangkan budaya sendiri daripada menyanjung budaya orang lain.


“Cadangan Hari Suami Isteri itu baik, cuma tarikh 14 Februari itu dirasakan tidak sesuai kerana pada tarikh tersebut sudah ada sambutan diraikan oleh penganut agama lain yang sememangnya haram diraikan umat Islam.


“Kenapa kita perlu obses dengan budaya orang lain, sedangkan kita boleh pilih hari lain, yang mana memberi lebih banyak makna kepada umat Islam?,” katanya.

Ps: Tapi tak boleh jugak la kita nak salahkan Si Wali Terompah ni. Lagi pun dia dah tua. Mana dia mampu nak pikir tarikh lain selain dari tarikh 14 Februari tu.

Itu menunjukkan akal dia sendiri pun pendek sampai benda yang semudah itu pun dia tak mampu dah nak fikir. Cuma tinggal lagi, dia je yang tak sedarkan diri!!! Nak buat macam mana!!!
Categories: , , ,

8 ulasan:

  1. massuk lubang biawak pun mau ikut. ndak ada tarikh lainkah? misti mau ikut hari dan kaedah org kristian kah?
    tukar nama konon. baik pas tukar juga nama arak pigi kopi pening(kopi yg bikin pening)

    -gaban tawau

    BalasPadam
  2. N.Ajis tukar PCB( Pantai Cinta Berahi) kpd Pantai Cahaya Bulan yg tak menjadi lebih baik... pantai tak lebih bercahaya pun! Peniaga tak pun lebih kaya. Maksiat pun tak menurun!

    Aleh aleh HAKISAN makin hebat, bila tengkujuh habis gerai peniaga dihempap ombak!

    N.Ajis tak sambut mauludul Rasul, nak buat hari Suami Isteri wat pe, yg bujang terangtantang nga nge lopong cam bendera2 Pas!!!

    BalasPadam
  3. ...tak habis habis puak PAS ni nak jadi penjilat DAP. Masih lagi meroyan nak guna pakai juga tarikh 14 Feb. tu yg kononnya untuk kasih sayang suami isteri pula. Tak ada tarikh lain lagi ke. Biar la puak2 peminat tokoh kristian tu guna tarikh yg mereka telah booked lebih awal. Nak cari tarikh pun tidak pandai, tapi hanya pandai nak meniru je..

    BalasPadam
  4. Satu lagi contoh tindakan pas yang cuba menghalalkan perkara haram. Jangan sampai arak ditukar nama minuman musim sejuk untuk suami isteri.

    BalasPadam
  5. Satu lagi contoh tindakan pas yang cuba menghalalkan perkara haram. Jangan sampai arak ditukar nama minuman musim sejuk untuk suami isteri.

    BalasPadam
  6. Satu lagi contoh tindakan pas yang cuba menghalalkan perkara haram. Jangan sampai arak ditukar nama minuman musim sejuk untuk suami isteri.

    BalasPadam
  7. Kalau ada empat isteri, hari berselimut dlm satu selimut bersama kempat2 isteri?

    BalasPadam
  8. kerana nak jaga hati dapkr cuma ubah tajuk aje.harinya tetap bolih disambut juga.sepatutnya jangan dibenarkan buat apa apa sambutan pada hari itu kepada rayaat islam malaysia kecuali yang bukan islam biarlah dia sambut.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping