Jumaat, Februari 17, 2012


Seramai 76 ahli dan penyokong tegar Pas di Kampung Wakaf di sini mengumumkan keluar parti di hadapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas kawasan Limbongan, Zainuddin Awang Hamat pada majlis sambutan Maulidur Rasul di Sekolah Kebangsaan (SK) Panggung di sini hari ini.

Serentak dengan itu, kesemua mereka menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden, Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff .

Turut hadir pada majlis anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Ruhjan Salleh dan bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Kamarudin Md. Nor.

Sementara itu, Nik Sapeia ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan berkata, penyertaan kesemua bekas dan penyokong Pas itu membuktikan rakyat menerima perjuangan PPP dalam Barisan Nasional (BN).

"PPP menghormati kehadiran semua pihak dan tetap berpegang kepada konsep telus rakyat untuk menyatakan pendirian mereka secara terbuka selaras dengan amalan demokrasi," katanya.

Beliau berkata, ia juga membuktikan bahwa rakyat negeri ini memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) bagi memastikan negeri ini dapat ditawan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Sementara itu, Ibrahim berkata, beliau akan berusaha untuk menarik lebih ramai penyokong Pas dan pengundi atas pagar untuk menyertai PPP.

"Kami tidak segan atau malu untuk menyerahkan borang keahlian PPP yang sekali gus membawa erti kami mengisytihar keluar parti Pas walau pun ia disaksikan sendiri oleh pemimpin Pas.

"Kami menghormatinya selaku 'Yang Berhormat atau wakil rakyat' dan pada masa yang sama kami berpegang kepada hak kami selaku pengamal demokrasi yang berhak memilih parti politik yang disukai untuk disokong.

"Kami faham parti politik bukan warisan pusaka atau sebahagian anutan agama kerana ia sekadar wadah untuk memilih teraju kepimpinan. Rakyat bebas untuk menyatakan pendirian mereka dan bebas memilih parti yang dianggap lebih cakna dan berupaya untuk membela kebajikan mereka," katanya.


Ps: Mujur tak kena serang sakit jantung je Si Wali Terompah tu bila dia baca berita ni. Tapi, dia tak boleh salahkan sesiapa. Dah diorang tak buat kerja, jadi macam mana orang nak sokong!!! Setakat cakap je, baik tak payah!!! Mengabihkan masa je!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Teruskan lagi usaha. Gempurrr!!

    PUSAT KHIDMAT NURUL IZZAH SEKADAR HIASAN SEMATA-MATA!! Baca di sini!!

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping