Rasanya, semua orang dah tahu yang Si Nurul Izzah ni suka sangat mempertikaikan tindakan pihak Kerajaan yang berniat untuk membantu rakyat.
Walaupun pertikaian yang diketengahkan oleh Si Nurul Izzah tu tak masuk akal tapi dia tetap buat hanya kerana niat nak membantah sahaja.
Nak harapkan dia bagi bagi cadangan dan membantu rakyat mimpi je la jawapnya. Bila kucing dah bertanduk pun, belum tentu dia akan membantu rakyat.
Jadi, tak mustahil la kalau dia merah mata bila baca laporan berita dibawah ni sebab dulu dia juga yang suka mempertikaikannya. Sekarang, bila rakyat dapat untung, dia ternganga je la. Baru la padan dengan muka dia!!!
PEKAN 19 Feb. - Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) Pulau Serai di sini yang merupakan kedai terbesar seumpama itu di negara ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai apabila memperoleh hasil jualan purata sebanyak RM22,000 setiap hari.
Pengurus Cawangan KR1M Pulau Serai, Ahmad Nizam Baharudin berkata, selain mencatatkan jualan yang amat memberangsangkan, KR1M Pulau Serai juga mencatatkan jumlah purata pelanggan seramai 300 pembeli sehari.
"Pembeli yang datang bukan sahaja dari sekitar Pekan malah turut datang dari daerah lain seperti Rompin, Kuantan dan Maran malah dari Segamat, Johor juga ada yang singgah," katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Pemantauan dan Lawatan Gerakan Pengguna Daerah Pekan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Rakyat Mall, di sini semalam.
KR1M Pulau Serai ini yang beroperasi di bangunan Rakyat Mall ini telah telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 15 Januari lalu.
Katanya, antara barangan utama yang menjadi pilihan pengguna adalah beras, gula, tepung, minyak masak, susu krimer dan jus buah-buahan.
"Mungkin disebabkan kawasan yang mudah untuk orang datang dan tempat letak kenderaan yang besar menyenangkan orang ramai untuk datang ke sini," katanya.
Besarnya lah dosa fitnah dan memburukkan org lain , kalau sejuta org bce , bayang lah berapa byk dosa . . Sakit tak rasenye ble kne pukul dgn malaikat kat kubur nanti . . Taubat lah . . Nurul izzah ialah anak y solehah
BalasPadam