Khamis, Mac 01, 2012


Perkembangan terkini berkaitan dengan kes khalwat Si Badrol ni, dia kantoi bila kata yang dia nak bantu selesaikan masalah rumah tangga wanita terbabit.

Seperti apa yang Semut telah nyatakan sebelum ini, wanita tersebut sudah pun memfailkan tuntutan cerai kepada pihak mahkamah pada bulan Januari yang lalu.

Malah kes tersebut juga telah disebut dimahkamah syariah dimana wanita dan suaminya telah dipanggil oleh Mahkamah Isnin lalu.

Sebab itu pada hari Isnin, Si Badrol dan wanita tu lewat datang ke pejabat JAIP kerana wanita tu kena pergi ke mahkamah terlebih dahulu.

Dan pada hari Si Suami wanita tu hadir ke Pejabat JAIP, lelaki tu juga turut ditemani oleh anaknya yang telah dibawa oleh wanita tersebut ke Hotel sebelum ini.
KUANTAN 29 Feb. - Wanita yang dikaitkan dalam kes khalwat dengan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron telah mengemukakan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada pertengahan Januari lalu.
Difahamkan, alasan permohonan cerai yang dinyatakan oleh wanita berusia 28 tahun itu adalah kerana sudah tidak mempunyai persefahaman dengan suaminya.
Maka sekarang timbul persoalan baru yang menambah keraguan kita kepada kejujuran Ostad PKR itu.

Jika wanita itu telah mengemukakan permohonan cerai pada bulan Januari lepas, berkemungkinan besar wanita tersebut sudah tidak tinggal serumah dengan suaminya.

Adalah pelik jika pasangan sudah sampai ke tahap permohonan cerai di Mahkamah Syariah tetapi masih tinggal bersama.

Jika benar mereka tidak lagi tinggal bersama, ianya bercanggah dengan kenyataan awal Ostad PKR itu. Di antara kenyataan Badrul Amin :
Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau.
'Melarikan diri daripada rumah'? Jika mereka sudah tidak bersama, kenapa wanita itu perlu 'melarikan diri daripada rumah'?

Tindakan logik ialah jika berlaku ugutan daripada pihak suami, pihak pertama yang dimaklumkan ialah pihak polis, bukannya lari ke 'pangkuan' Ostad PKR.

Dah nampak sangat yang Si Badrol ni bagi alasan yang tak munasabah bila dia kata nak bagi kaunseling kepada wanita tu sedangkan wanita tu dah tekad nak bercerai.

Jadi sekarang, adalah lebih baik jika Si Badrol tu meletakkan semua jawatan dia dalam parti dan duduk diam - diam. 

Jangan nak menyusahkan orang dengan menipu sana - sini je kerjanya!!! Itu pun kalau dia rasa yang dia merupakan masyarakat yang bertamadun!!! Kalau setakat cakap je, baik tak payah!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. tak sio duk serumah ... kalau nk bcerai ..sakit jer mata , hati ..tgknya punnn ...teman dulu 3 tahun ...kua umah smentara tgu nk kes cerai selesai ...kalau tgu kat umah tu jugak ..balik kua mayat jer la... lain mcm kalau hati dah benci ni ...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping