Hari ini disiarkan oleh Sinar Harian berkaitan dengan alasan Presiden PAS tentang sebab kenapa mereka enggan berbaik dengan UMNO.
Antara lain, alasan yang diberikan oleh Haji Hadi ialah berkaitan dengan insiden yang berlaku dalam tahun 1990 dimana PAS kembali merampas Kelantan.
Hadi Hadi menuduh pihak Kerajaan enggan menyalurkan bantuan kepada Kerajaan negeri hanya semata - mata kerana ianya negeri dibawah pemerintahan mereka.
Begitu juga yang berlaku di Terengganu sewaktu PAS berjaya merampas pemerintahan Negeri tersebut dimana royalti minyak telah ditarik balik.
Seandainya tidak berlaku sebarang penyelewengan didalam pentadbiran kerajaan negeri dibawah PAS, apa sebabnya peruntukan itu ditarik balik? Itu persoalannya.
Walaubagaimana pun, semua alasan itu tidak kukuh untuk mereka terus menolak kerjasama diantara PAS dengan UMNO.
Tidak ketinggalan juga apabila Haji Hadi turut mengaitkan insiden tahun 1978 dimana PAS telah bertindak keluar dari Barisan Nasional kerana berlaku percanggahan.
"Kita berusaha melaksanakan Islam dalam pentadbiran dan berjaya membuat banyak perkara juga tetapi apabila kita mahu laksana Islam lebih jauh, pergeseran berlaku.
"Hasilnya Pas ditendang keluar dari BN," kata Abdul Hadi mengibau peristiwa 1978 apabila Pas ditendang keluar dari BN.
Soalnya, kenapa Haji Hadi tak sebut pasal pertikaian yang berlaku diantara Presiden PAS pada ketika itu dengan Menteri Besar Kelantan?
Sedangkan itulah perkara yang berlaku pada waktu itu. Menteri Besar Kelantan yang juga ahli PAS pada masa itu mahu menghalang penyelewengan berlaku dalam Negeri.
Tetapi ianya dihalang oleh Presiden PAS sendiri. Maka atas sebab itulah berlakunya pertikaian sesama mereka. Tapi, kenapa mereka nak salahkan UMNO pulak?
Sewaktu pertikaian itu berlaku, UMNO tak de kena mengena pun dengannya. Yang beramuk mereka sesama sendiri. Tapi nak salahkan orang pulak kenapa?
Inila yang orang tua - tua kata, 'Marahkan nyamuk, sampai kelambu pun dibakar'. Bila rumah dah hangus, tak nak pulak mengaku salah sendiri!!! Mula la nak tunding jari pada orang lain!!! Kot ye pun nak tegakkan benang yang basah, jangan la sampai buta sejarah!!!
pas hipokrik.....
BalasPadam