Ahad, Mac 18, 2012


Dalam dakwaan kononnya dia nak kata yang dia bijak sangat, Si Ketua Penipu ni ada jugak la sisi bodoh dan bengapnya. Dan ianya memang jelas terserlah.

Terutama sekali dalam isu berkaitan dengan jaminan dia terhadap Keselamatan Negara Rejim Zionis Israel baru - baru ni.

Kalau betul la dia kata nak memperjuangkan Palastine, apa tengkoraknya dia nak jamin keselamatan Israel? Itulah akibatnya bila suka sangat cakap berbelit. Akhirnya diri sendiri dah terbelit. Baru Padan Muka Dia!!!
KUALA LUMPUR, 17 MAC: Seorang pemimpin kanan Hamas menyelar ahli politik yang gagal memahami perbezaan antara konsensus politik terhadap Palestin dan pengkitirafan kepada negara Israel.

Ketua Bahagian Hubungan Antarabangsa Hamas, Osama Hamdan berkata sesebuah negara yang dibina dengan merampas tanah negara lain tidak boleh diterima tidak kira bangsa atau negara.

"Apabila seseorang bercakap mengenai pengiktirafan kepada Israel, dia bercakap mengenai hak rakyat Palestin dan penerimaan terhadap sekurang-kurangnya 78 peratus tanah milik rakyat Palestin yang diduduki," katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas mengadakan ceramah umum di majlis yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebudayaan Palestins Malaysia, di sini, semalam. 

"Apa yang disampaikan oleh ahli politik terbabit akan mencerminkan mesej yang salah kepada rakyat Palestin kerana ia menunjukkan ahli-ahli politik berkenaan tidak peka kepada hak rakyat Palestin," ujarnya.

"Ia juga akan memberikan mesej yang salah kepada Israel kerana ia akan memberikan mereka harapan bahawa mereka boleh terus menduduki tanah milik Palestin walaupun ditentang oleh rakyat Palestin," tambah beliau lagi.

Osama menambah, keadaan itu juga akan memberikan mesej negatif kepada masyarakat antarabangsa kerana ia bermakna jika sesuatu pihak itu memiliki kuasa, mereka boleh menduduki tanah milik orang lain.

"Dan...dalam masa itu anda boleh mendakwa tanah itu milik anda dan seterusnya mula meminta negara lain mengiktiraf tindakan akan menduduki tanah-tanah terbabit," katanya lagi.

Sehubungan itu, tambah beliau lagi ahli politik perlu membezakan antara konsensus politik dan pengiktirafan negara Israel.

"Bercakap mengenai pengiktirafan Israel adalah satu kesilapan besar kerana sepatutnya kita bercakap mengenai mengiktiraf hak Palestin dan juga komitmen terhadap hak Palestin membebaskan tanah mereka serta membentuk negara mereka sendiri yang berdaulat," jelasnya lagi.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. umno ejen israel melantik apco penasihat ape kejadahnya lembuuuuuuuuuuuuuuuu

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping