...Memang Ada Gaya Orang GILA... |
Sebelum ini, Semut pernah ajukan soalan berikut kepada seluruh ahli PAS yang selama ini hanya tahu menuduh UMNO gila kuasa.
Sekarang ni, soalan itu juga diajukan semula kepada mereka. Sejak bila pemimpin PAS ni Gila Kuasa sampaikan semua orang dituduh berkonspirasi terhadap dirinya?
Kalau dulu, Si Wali Terompah tu sendiri pernah kata, kuasa ni hanya diberi kepada mereka yang tak mahu. Tapi adakah perkara tersebut sudah berubah?
Baru nak digugurkan jawatan, Si Phahrolrazi ni mula meroyan tak tentu arah. Habis semua orang dituduh terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan karier Politiknya.
Adakah itu sifat bagi seorang yang tak mahu dengan jawatan atau seorang yang sudah mula mabuk bila dapat kuasa?
Yang lebih menghairankan ialah apabila PAS Pusat sikit pun tak ambik tindakan terhadap sikap Si Phahrolrazi ni. Malah diorang hanya cuba untuk mendiamkannya.
Itu yang mereka katakan sebagai Telus dan Ikhlas dalam perjuangan? Mana hilangny sikap fisabilillah yang ditanam dalam diri ahli PAS selama hari ini?
Apa yang jelas, kini PAS memang sudah jauh berubah dari dulu. Kalau dulu, tak wujud lansung orang yang GILA KUASA macam dia ni.
Tapi sekarang, dia bukan setakat tahu menuduh orang lain berkonspirasi terhadapnya, malah dia sendiri sanggup main tikam belakang. Dan semua ni adalah hasil didikan Si Ketua Penipu tu jugak yang mula menyerap dalam PAS!!! Itu pun ahli PAS masih tak sedar lagi ke!!!
Ketua Pemuda Pas Alor Setar, Mohd Azam Awang berkata, apa yang dibangkitkan oleh Phahrolrazi adalah suatu andaian semata-mata, tanpa merujuk kepada fakta sebenar.
“Tuduhan beliau itu juga seolah merendahkan kewibawaan dua buah Dewan dan 15 kawasan dalam Pas Kedah yang mengemukakan usul dan menyokongnya, termasuk pendirian daripada beberapa Pas kawasan yang menilai krisis ini,” katanya.
Menurutnya, tuduhan yang dilemparkan terhadap Pemuda Pas Negeri Kedah konon diperalatkan pihak tertentu untuk merampas kedudukan beliau sebagai Timbalan Pesuruhjaya I adalah suatu kenyataan yang ego dan keterlaluan.“Tidak ada sesiapa pun dalam kalangan pemimpin Pas Kedah kini mahu rebut jawatan beliau seperti didakwanya. Jangan anggap orang lain tak tahu apa yang sedang berlaku. Kami harap selepas beliau dikekalkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I, beliau perlu buktikan kenyataannya yang bersedia bekerjasama dengan Pesuruhjaya,” katanya.
kecekkk sajo dok jadi .,
BalasPadam