Selasa, Mac 20, 2012

...Wajah Pemimpin Usang Yang Ketinggalan Zaman...
"Kami yakin dengan sokongan rakyat". "Sokongan warga Felda semakin meingkat". Itu diantara kenyataan - kenyataan Cliche' yang dikeluarkan oleh Pakatan Pembangkang.

Bukan baru sekali dua kita dengar ayat macam tu. Tapi dah berkali - kali dah kita dengar. Bak kata orang, dah naik 'cemuih'.

Macam diorang ni dah tak de cara lain gamaknya untuk dibuat bagi menarik perhatian. Balik - balik, ayat lama jugak yang dikeluarkan.

Dalam Pilihan Raya Kecil pun macam tu jugak ayat yang diorang keluar. Tapi, sampai sudah sokongan warga Felda tak berubah sebab mereka tahu mengenang jasa.

Itulah lambang ketandusan dalam idea berpolitik dikalangan pemimpin Pakatan Pembangkang di Negeri Pahang ni. Hakikatnya, diorang tak de buat apa pun.

Setakat bercakap dan menabur janji yang bukan - bukan, apa gunanya? Kalau nak menipu rakyat je, baik tak payah cakap lansung!!! Buat mengabihkan masa je!!!

Apa yang rakyat nak ialah agar pihak terbabit menjaga Kebajikan mereka. Maka, atas sebab itulah Barisan Nasional akan tetap mengambil berat terhadap mereka.

Itu pun tanpa mengira mereka datang dari kelompok mana. Sama ada mereka dari kalangan warga Felda mahu pun golongan Orang Kurang Upaya, semuanya tetap dibela.

Kalau diikutkan puak - puak Pakatan Pembangkang tu, apa pun diorang tak buat. Sebagai contoh, di Selangor. 

Kata nak bagi bantuan kepada rakyat, tapi sampai hari ni, habuk pun tarak!!! Jangan kata bantuan, bayang - bayang pun tarak!!! Cakap je lebih.

Sama la macam di Kelantan dan di Negeri - Negeri lain yang berada dibawah pemerintahan Pakatan Pembangkang. Semuanya tak peduli lansung pasal kebajikan rakyat.

Dan dikawasan Felda pun tak terkecuali. KONONnya, mereka kata yang diorang ni Hero. Tapi kenapa tak de pun usaha nak bantu Peneroka ni di Negeri mereka?

Kenapa Kerajaan Negeri Kelantan dan Selangor tak bantu menyediakan tapak rumah buat Generasi Kedua Felda diatas tanah kerajaan Negeri macam di Johor?

Tak ke itu buktinya yang diorang ni sekadar Retorik je dalam isu nak memperjuangkan warga Felda ni? Itu pun masih diorang nak kata yang diorang ni Hero? Tak sedar diri!!!

Kalau betul nak jadi Hero, pergi la halang mana - mana warga Felda yang berhasrat nak jual tanah diorang kepada pihak luar!!! Setakat cakap je, buat apa!!! Kalau dah pemimpin sendiri pun nak rampas tanah Felda, nak jadi pejuang menda kejadahnya!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping