Rabu, Mac 21, 2012


Seperti mana berkecainya kaca yang terhempas ke batu, begitu jugak lah impian Si Azmin Ali ni bila dia baca pendedahan dibawah.

Sebelum ni, dia cukup lantang bersuara bagi mempertahankan tindakan Si Ketua Penipu tu yang menyokong Keselamatan Israel.

Tapi, sebaliknya, dia dan juga beberapa pemimpin lain dikalangan Pakatan Pembangkang hanya mendiamkan diri dalam isu pengistiharan harta.

Isu tersebut dibangkitkan oleh puak - puak DAPigs yang cukup bangga dengan tindakan mereka sebelum ini. Tapi, dikalangan pemimpin PKR, mereka kelihatan agak keberatan.

Persoalannya, kenapa mereka takut nak membicarakan perkara tersebut? Sebabnya mudah. Harta diorang memang banyak sampai tak terkira. Sampai tak cukup bank dalam Malaysia nak simpan semua. Jadi, sebab itulah diorang diam je bila diajukan soal harta ni!!!
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini diminta menjelaskan perkembangan siasatannya berhubung satu laporan yang dibuat lebih dua tahun lalu mengenai harta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali dan isterinya. 

Bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, berkata bahawa pada 17 November 2009 beliau membuat laporan polis berhubung perkara itu dan kes berkenaan kemudian dikendalikan oleh SPRM.
"Seminggu selepas saya membuat laporan polis, SPRM telah panggil saya untuk diambil keterangan, (dan) difahamkan sampai sekarang kes itu masih dalam siasatan," katanya di sini, hari ini.
Anuar berkata, bahawa demi ketelusan, beliau berharap SPRM dapat menjelaskan kedudukan sebenar perkembangan siasatan itu. 

Beliau turut meminta Azmin mengisytiharkan harta beliau dan isterinya. - BERNAMA
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Rakyat semuanya maklum bahawa di dlm SPRM ada ramai penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat. Itulah sebabnya jika siasatan yg membabitkan Pakatan Rakyat berjalan spt semut. Kalau kes yg membabitkan BN cepat saja siasatan dibuat dan tindakan mahkamah diambil spt kes Khir Toyo.
    Lihat saja kes Ariff Fahmi, langsung tiada tindakan. Ketua SPRM Kelantan pula pd masa itu telah diberi kenaikan pangkat kerana kerjanya yg cemerlang. Mana tidak. Ariff Fahmi diberi masa yg cukup utk memusnahkan semua dokumen yg membabitkannya jadi sudah tentulah tiada bukti yg cukup apabila disiasat!
    SPRM sepatutnya dibersihkan dulu. Buang aje semua pengampu2 Anwar. SPRM sepatutnya neutral dan tidak memihak kpd mana2 parti politik.
    Memang nampaknya semua orang boleh dibeli dgn DUIT.

    BalasPadam
  2. betul apa yg 10:52 cakapkan itu.

    Pertama siapa yg nak audit SPRM? Ada ke audit dijalankan oleh pihak luar terhadap SPRM?

    BalasPadam
  3. Patut la...huhu...pihak kerajaan perlu bubarkan SPRM ni..buang masa saja sebab SPRM tidak berfungsi

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping