Korang jangan ingat dalam Politik Malaysia ni hanya ada pengundi Hantu je ye. Sebab sekarang ni, dek kerana puak - puak Pakatan Pembangkang, dah ada SPR Hantu jugak.
Yang paling memalukan, Suruhajaya Pilihan Raya 'Hantu' ni muncul dikawasan Lembah Pantai, tempat Si Nurul Izzah tu je. Kat tempat lain tak ada pulak.
Tak heran ke kenapa hanya ditempat dia je yang ada SPR 'Hantu' ni? Hari tu, dia sendiri dapat pengundi 'Hantu'. Sekarang, dah wujud SPR Hantu pulak.
Tapi, Semut yakin. Bila soalan ini diajukan kepada Si Nurul Izzah atau pun puak - puak Pakatan Pembangkang tu, jawapan diorang mudah. Diorang pun tak tau.
Sebab apa Semut boleh agak jawapan tu yang bakal keluar? Sebab puak - puak Pakatan Pembangkang ni tak de kerja lain yang dia tau buat selain dari menipu rakyat!!! Jadi, apa nak pelik kalau diorang bagi jawapan macam tu!!!
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai semalam membuat laporan polis mendakwa tiga mahasiswa sebuah universiti awam di sini menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononnya bertujuan mengadakan bancian untuk mengesan pengundi hantu di kawasan itu.
Setiausaha Penyelarasnya, Datuk Mohamad Sazali Kamilan, berkata kunjungan tiga mahasiswa, iaitu dua perempuan dan seorang lelaki dikesan di Perumahan Awam Pantai Permai dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi dan menimbulkan kekeliruan di kalangan penduduk.Katanya, tindakan sama dikesan sebelum ini di PPR Seri Cempaka dan Flet Seri Pahang.
Mereka dikesan mengedarkan risalah berbau hasutan di peti surat milik penduduk yang tertera gambar Ahli Parlimen (PKR) Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
“Kami mengesyaki ia dilakukan bagi menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat mengenai tujuan kerajaan BN memperkenalkan Skim Pembiayaan Khas Program Penjualan Rumah Projek Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Wilayah Persekutuan,” katanya.
Mohamad berkata, pihaknya membuat laporan polis kerana bimbang dengan fenomena berterusan pihak tertentu yang sengaja memperalatkan mahasiswa untuk kerja politik dan kempen yang jelas mengelirukan dan memecah belah perpaduan rakyat.
yang buat kerja-kerja pelik ni tak der orang lain dah selain dari puak-puak PKR ..rakyat dah tahu dah...
BalasPadam