Patut La Muka Dia Terperanjat Semacam Je. Hehehe... |
AIDC – Jawapan Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung dengan tiga pucuk surat Anwar Ibrahim kepada pengurus-pengurus dana berbangsa Yahudi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa Ketua Umum PKR itu memang meminta campur tangan asing untuk mencampuri urusan politik negara Malaysia.Nik Nazmi begitu yakin mengesahkan surat-surat itu adalah milik Anwar kerana pada tahun 2006-2007, iaitu dalam tempoh surat-surat itu dihantar, dia merupakan salah seorang pegawai khas Anwar.Sebagai pewaris ‘diari merah’, dia tahu semua urusan surat menyurat Anwar termasuk syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi luar yang dianggotai oleh bosnya itu.Maka jelaslah, sekiranya Anwar Ibrahim menang dalam pilihan raya, kemenangannya bukan di atas faktor kekuatan dirinya dan partinya, tetapi kerana faktor campur tangan pihak asing khususnya dalam penajaan dana.Dalam erti kata lain, benarlah momokan yang diberi selama ini bahawa Anwar Ibrahim adalah ‘Perdana Menteri boneka asing’.Tiga pucuk surat yang diutuskan Anwar itu, dua pucuk kepada Carl Gershman, Presiden NED (National Endowment for Democracy) dan sepucuk kepada penyangak mata wang Yahudi, George Soros, Pengerusi Soros Fund Management.Kedua-dua tokoh yang diutus surat oleh Anwar itu berbangsa Yahudi yang sering terlibat dalam penajaan dana kepada tokoh-tokoh proksi pro-AS di seluruh dunia.
Ps: Sampai ke hari ini, Si Ketua Penipu tu masih GAGAL menjelaskan dari mana dia dapat duit berjuta - juta yang boleh dibelanjakan sesuka hati.
Kalau ikut dakwaan yang dibuat oleh Lokman Adam tak berapa lama dulu, dia pernah pergi ambik duit dengan Kak Wan Omega. Bukan sikit sikit bai, banyak tu.
Berjuta - juta lemon!!! Tapi tak pulak Si Ketua Penipu tu atau keluarga dia nafikan dakwaan tersebut. Jadi memang sah la dia pernah ambik duit dari Yahudi Israel!!!
Aik... Sblm ni Anwar nafikan dia pernah hantar surat tu, skrg Nik Nazmi kata lain pula? Alamak Anwar, kantoi lagiiiii....
BalasPadamNURUL IZZAH TABUR FITNAH DI BUKIT GASING? Baca di sini!!
http://apakecoh2.blogspot.com/