Khamis, Mac 22, 2012


Mungkin inilah caranya bagi Pesuruhjaya PAS Selangor memperjuangkan Kebajikan Rakyat didalam sidang Dewan Undangan Negeri.

Daripada sibuk nak memperjuangkan hak rakyat dan menuntut Kerajaan agar membela rakyat, mereka lebih selesa mempertikaikan pasal Datuk Dr. Hassan Ali.
SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Rani Osman mempersoalkan ketidakhadiran Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada Majlis Santapan Diraja, semalam.
Menurutnya, Hasan perlu hadir dalam majlis tersebut sekiranya benar beliau mempunyai prinsip memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR).
Beliau menegaskan, Islam tidak mengajar sikap mementingkan satu kaum sahaja seperti yang mahu dibawa oleh Hasan menerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO), Jati.
“Hari ini (semalam) saya ingat mahu tujukan hujah ini kepadanya tetapi Gombak Setia tidak hadir, semalam majlis santapan diraja pun beliau tidak datang.
“Saya juga tidak setuju dengan konsep IMR yang dibawa oleh beliau, kerana Islam diturunkan untuk semua,” katanya pada sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), hari ini.Majlis Santapan Diraja diadakan di Hotel Concorde di sini, disertai oleh kesemua Adun Negeri Selangor. 
Semalam, sewaktu membahaskan usul titah DYMM Sultan Selangor, Pesuruhjaya PAS tu telah mempersoalkan kenapa Hassan Ali tidak hadir ke satu majlis.

Dalam banyak - banyak benda yang telah disebut oleh Sultan Selangor, perkara itu yang boleh dibangkitkan oleh Si Dr. Rani Osman ni? 

Apa, dah tak de benda lain ke yang dia nak bangkitkan dalam Sidang DUN ni? Kisah pasal kepayahan dan kebajikan rakyat ni tak penting ke bagi dia?

Tapi itulah sifat orang yang KONONnya nak jaga Kebajikan Rakyat ni rupanya ye. Yang penting dalam menjaga Kebajikan ni ialah mempertikaikan pasal orang lain dan bukannya rakyat tu sendiri!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. dato hasan ali dah dipecat dari pas. kenapa pula sibuk sibuk lagi pasal dia.dia dah takde hubungan apa apa lagi dengan pas.biarlah dia dengan cara dia sendiri.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping