Sabtu, Mac 31, 2012


Ps: Kalau dulu, Raja Fitnah dalam PKR ni ialah Si Raja Tikus tu. Tapi disebabkan Si Raja Tikus tu sekarang dah mula membelot, terpaksa la diorang cari orang lain.

Dan nasib baik la ada Lembu macam Si Rafizi yang boleh kena sembelih ni. Dia memang cekap dalam bab menabur fitnah yang bukan - bukan.

Lagi pun dia bukan kira apa. Semua benda dilanggarnya. Tak kira la sama ada benda tu betul atau tidak, dia main cakap je sesuka hati dia tanpa sebarang bukti yang sah.

Sampai hari ni, orang masih lagi ternanti - nanti bukti yang dia kata PM guna duit rakyat untuk membiayai majlis pertunangan anak dia di Shangri La.

Kononnya, dia kata dia ada bukti kukuh. Kalau ada mana dia? Bak tunjuk la!!! Setakat cakap je buat menda!!! Kalau setakat tabur air liur, semua orang pun boleh buat!!! Suruh budak sekolah pun dia pandai!!!
Di kalangan pemimpin PKR dan Di kalangan pemimpin PKR dan sesetengah tokoh Pakatan Rakyat, Rafizi kini dilihat sebagai hero.

Nama beliau mula mendapat perhatian setelah memainkan isu projek penternakan lembu National Feedlot Corporation sehingga di beri nama jolokan 'Mr NFC'.

Malah Anwar menatang beliau bagaikan minyak yang penuh sehingga melantiknya sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dengan gaji yaag dikatakan mencecah lebih RM30,000 sebulan.

Penonjolan beliau yang dikatakan agak berlebihan sehingga membayangi tokoh-tokoh parti lain yang tidak kurang hebatnya dikatakan telah menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka.

Walaupun dihadapan Anwar mereka menunjukkan sikap hipokrit dengan budaya cium tangan, namun di belakang pemimpin kedengaran suara kutuk mengutuk, sindir menyindir yang ditujukan kepada Anwar dan Rafizi. 

Untuk memahami kenaikan mendadak Rafizi dalam PKR, harus difahami sedikit sejarah dan latar belakang hubungan Rafizi dan Anwar terlebih dahulu.

Rafizi mula mendapat perhatian Anwar ketika bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (dimana Anwar juga pernah menuntut) itu melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada tahun 1995 atas biasiswa Petronas.

Bagaimana detik pertama pertemuan atau jalinan hubungan Anwar dengan Rafizi tidak berapa jelas namun ketika Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, pernah dikatakan beliau meluru menaiki pesawat untuk menemui Rafizi di London setelah mendapat "panggilan cemas" dari anak muda kelahiran Terengganu itu.

Apa yang menyebabkan Anwar meninggalkan tugas dan tanggungjawab rasminya kepada negara untuk berjumpa dengan budak berumur 19 tahun ketika itu tidak pula diketahui.

Apa yang diketahui Anwar begitu mengambil berat terhadap Rafizi yang ketika agak "cute" dan pria yang manis mukanya.

Mungkin sebab kepandaian Rafizi dalam bidang akademik yang menjadi tarikan kepada Anwar.

Namun timbul tanda tanya apabila Anwar sanggup men'sponsor' majlis makan sempena perkahwinan Rafizi di kediamannya di Bukit Segambut kira-kira 4-5 bulan lalu.

Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh Anwar terhadap mana-mana pimpinan PKR yang lain sehingga timbul cakap-cakap belakang mereka yang hadir pada majlis tersebut, "Aku kahwin dah le dia (Anwar) tak datang, inikan pula nak sponsor, perggh hebat Rafizi!" begitulah lebih kurang gosip ahli-ahli PKR.

Pemilihan parti dua tahun lalu, Anwar mahukan Rafizi menggantikan Shamsul Iskandar sebagai Ketua AMK, namun Rafizi terpaksa undur kerana Shamsul tidak mahu mengalah.

Ini menyebabkan hubungan Anwar dan Shamsul dingin semenjak itu kerana tidak mahu memberi laluan kepada anak emasnya.

Sebagai ganti, Anwar melantik Rafizi sebagai ketua stafnya di pejabat beliau dan melantiknya ke salah satu jawatan yang amat penting dalam parti iaitu Pengarah Strategik.

Sejak itu Anwar seolah-olah hanya mengharapakan Rafizi seorang sahaja dalam PKR untuk mengadakan sidang media, mengeluarkan kenyataan akhbar dan sebagai jurucakap parti.

Tenggelam semua pemimpin parti yang lain termasuk Azmin, Shamsul, Saifuddin, Zuraida, Nurul Izzah di bawah bayangan Rafizi. 
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. new toyboy Rfafizi Jambu AUWW..pencabar utama siam and china doll..Azmin ayam tua tak laku maaa

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping