Ps: Kalau nak jadi artis serba boleh ni, memang satu tindakan yang bagus. Tapi, kena tau la batasannya. Jangan buat benda yang bukan - bukan pulak.
Dalam Politik, ada jugak pemimpin yang serba boleh ni. Dia memang cukup terkenal dengan sikap serba boleh macam tu. Dia cukup tak kisah.
Bagi dia, semuanya sama je.Kiri kana, sama rata. Depan Belakang Sama Rasa kata dia!!! Orang macam tu memang tak boleh pakai!!! Semuanya dia balun jugak!!!
ANTARA pesona diri dan jenama dibina ketika menyertai satu program realiti, dia lebih dikenali ramai menerusi nama pentasnya. Memperkenalkan diri sebagai Keena Mentor, fikiran peminat pantas mengingat kembali populariti gadis ini bersama mentor, Awie ketika bersama mengharunginya tiga tahun lalu.
Berbanding pengalaman awal ditimba di pentas nyanyian, Keena semakin mengatur langkah mencari pelbagai peluang untuk menempatkan dirinya agar tidak ketinggalan di kalangan artis baru yang sedang mencipta nama.
Sebolehnya, dia tidak mahu istilah artis program realiti umpama mi segera dilupakan sejurus program disertai berakhir. Di kalangan peminat, Keena sebenarnya masih dekat di hati mereka kerana dia antara artis Mentor yang sibuk dengan aktiviti seni.
Gadis berusia 25 tahun ini mengatakan, dia gembira dan bersyukur kerana masih menerima jemputan mengadakan persembahan pentas untuk pelbagai acara termasuk majlis korporat.
Di sebalik fokus pada bidang nyanyian, mungkin tidak ramai yang tahu dia juga semakin aktif berlakon. Sepanjang tiga tahun menjadi artis, dia sudah membintangi 10 drama termasuk terbaru, selesai menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod, Cinta Liasari arahan Wan Cromox.
Katanya, dia masih memberi keutamaan pada nyanyian tetapi pada masa sama berusaha mengasah bakat berlakon dan memasang impian untuk mencuba bidang pengacaraan.
“Ketika ini saya masih bersama syarikat rakaman, Dream Music. Mengikut kontrak, saya sepatutnya menghasilkan dua single. Buat masa ini, saya sudah hasilkan single Cinta Luluh pada tahun lalu.
“Saya akan terbabit dalam dua single baru dan akan masuk studio untuk rakaman dalam masa terdekat. Saya sebenarnya puas apabila berpeluang mengasah bakat dalam pelbagai bidang seni.
“Selepas menyanyi dan berlakon, saya mahu mencuba nasib menjadi pengacara. Sejak tiga tahun lalu bersama Mentor, masih ada peminat yang kenal saya apabila bersua,” kata duta Celcom Kolony ini.
ARTIS MESTI BOLEH SEMUA BOLEH... HEHEHE
BalasPadam