Ps: Bila baca cerita kat bawah ni, teringat pulak Semut kat Kak Wan Omega tu. Macam mana la dia dapat menahan diri dari rasa perit dengan tindakan Si Ketua Penipu tu ek?
Padahal, dah macam - macam benda yang Si Ketua Penipu tu dah buat. Semuanya buat malu keluargaje. Dah la maruah diorang pun dia GAGAL pertahankan.
Sekarang dah timbul pulak isu yang berkaitan dengan isteri Si Azmin Ali tu. Pun dia masih lagi nak berdiam diri dan tengok je benda tu berlaku?
Tanpa sebarang tindakan yang sewajarnya, rakyat akan anggap yang perkara itu memang benar berlaku. Macam tu ke jenis pemimpin yang nak jadi Perdana Menteri? Korang fikir la sendiri!!!
PETALING JAYA: Malang nasib si isteri tua kerana suami yang membuat kejutan dengan membawa pulang isteri muda, mengugut untuk menikamnya dengan pisau selepas dia bergaduh dengan madunya itu.
Dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Desaria, di sini, jam 12.30 tengah hari kelmarin, isteri pertama yang berusia 52 tahun sebelum itu marah apabila suaminya yang sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah muncul bersama isteri muda yang juga warga Indonesia berusia 20-an.
Menurut sumber, isteri pertama yang juga tukang cuci itu marah dengan tindakan suaminya dan berlaku perang mulut dengan lelaki berusia 53 tahun terbabit.
“Dalam perang mulut itu, isteri tua mempersoalkan tindakan suaminya membawa pulang isteri muda dan memarahi suaminya supaya jangan balik ke rumah mereka.
“Tindakan isteri tua itu menyebabkan madunya berang dan menerkamnya sebelum kedua-duanya bergomol di ruang tamu rumah,” katanya.
Sumber itu berkata, apabila melihat kedua-dua isterinya bergaduh persis ahli gusti, si suami menjerit supaya kedua-dua isterinya menghentikan pergaduhan itu.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.