Isnin, April 09, 2012


Wah!!! Ini satu berita hangat ni!!! Nampak gayanya, puak - puak penyokong Si Azmin Ali tu pun dah naik bengkak dengan permainan Politik di Selangor ni.

Dah sampai tahap main tikam belakang dah semuanya. Hanya semata - mata kerana GILA KUASA, macam - macam benda yang sanggup mereka lakukan.

Inilah padahnya kalau salah pilih pemimpin. Pilih pulak yang tak reti buat kerja. Yang diorang taunya, berebut sesama sendiri. Hak rakyat pulak, diorang bukan peduli sangat pun!!! Cakap je lebih!!!
TIMBALAN Presiden PKR, YB Azmin Ali kini menjadi sasaran beberapa pihak dalam dan luar partinya berhubung dakwaan Datuk Dr. Hasan Ali dan Datuk Nallakarupan, bahawa beliau dan isterinya, Shamsidar Taharin terlibat dalam skandal pemilikan saham (melebihi kemampuan) dan hubungan terlarang - yang turut mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bermula dengan tindakan bekas Ketua Penerangan PKR Cabang Ampang, Mohd Isa Saidi minggu lepas yang mendesak Azmin menjelaskan tuduhan tersebut atau meletakkan jawatan dalam parti, ia diikuti pula oleh Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Rozan Azen Mad Rasip yang turut membuat desakan serupa pada Jumaat.
Penulis difahamkan bahawa selepas ini ada lebih banyak lagi desakan serupa yang akan dibuat oleh beberapa cabang PKR, terutama sekali dalam negeri Selangor menuntut Azmin membuat penjelasan atau meletakkan jawatan.
Seolah-olahnya ada dalang dalam PKR yang mahu melihat Azmin jatuh!!
Semua ini tidak mustahil kerana nama Azmin telah disebut-sebut akan menggantikan Menteri Besar Selangor sekarang, Tan Sri Khalid Ibrahim jika Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kuasa di negeri tersebut selepas PRU13.  Dengan kedudukkannya sebagai Pengerusi PKR Selangor, beliau dilihat sebagai calon favorite bagi jawatan tersebut.
Penulis mendengar, jawatan sama turut diintai oleh Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraidah Kamarudin,  Untuk makluman semua, nama Zuraidah memang ada dalam pertimbangan untuk dilantik ke jawatan Menteri Besar bagi mengelakkan pertelagahan antara penyokong masing-masing Azmin dan TS Khalid nanti (jika TS Khalid digugurkan).
Justeru, tidak hairanlah kenapa gelombang pertama yang mendesak pengunduran Azmin datang dari cabang Ampang yang diketuai oleh Zuraidah tapi dengan menjadikan Mohd Isa sebagai kambing hitam.
Ps: Ini baru Bahagian 1. Bahagian 2, kita cerita malam nanti. Baru best sikit...hehehe... 
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping