Ahad, April 01, 2012


Sel13 - Dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor minggu lepas rakyat Selangor
didedahkan oleh Datuk Dr Hassan Ali tentang seorang individu penting dalam pentadbiran negeri Selangor menjawat jawatan tertinggi di tiga buah syarikat di Selangor  menerima elaun dan berbelanja mewah sehingga ratusan ribu ringgit.

Datuk Dr Hassan juga mendakwa individu itu pergi ke China, Thailand dan Australia membabitkan kos kira-kira RM130,000 pada tahun sama. Antara kegiatan utama individu tersebut keluar negara adalah untuk bermain golf.

Mungkin kerana sudah merasa panas dengan pendedahan Hassan Ali, dua hari selepas itu individu tersebut membekalkan maklumat secara terperinci kepada Azmin Ali yang mana maklumat itu digunakan oleh Azmin untuk membelasah Hassan dalam Dewan Undangan Negeri.

Inidividu yang dimaksudkan bukannya seorang ahli politik. Beliau adalah seorang penjawat awam yang dibayar gaji dari Putrajaya. Orang yang dimaksudkan adalah Pegawai Kewangan Negeri Selangor yang pernah bercita-cita untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Dato'Mohd Arif Abdul Rahman. Walaupun Dato' Arif bukan seorang ahli politik, tetapi kelicikannya mengalahkan ahli politik. Beliau cukup licik berlakon dan berpura-pura untuk kepentingan peribadinya.

Di Putrajaya beliau berlagak sebagai seorang yang memihak kepada kerajaan semasa yang memerintah negara. Di Shah Alam beliau berlagak sebagai sebagai seorang yang pro kepada PKR.

Perangai makan kelilingnya telah diketahui umum. Beliau juga suka membawa perangai mengadu domba orang. Dengan Azmin Ali beliau akan membekalkan maklumat tentang kesalahan serta keburukan Khalid Ibrahim.

Dengan Khalid Ibrahim beliau akan melaporkan tentang kesalahan serta penyelewengan Azmin Ali. Tidak cukup dengan itu, dengan pemimpin-pemimpin UMNO pun beliau bermain wayang juga.

Beliau sering juga berjumpa dengan mantan MB Selangor, Khir Toyo untuk membekalkan maklumat-maklumat tertentu dan menceritakan keburukan Khalid Ibrahim.

Dengan Khalid Ibrahim pula beliau akan menceritakan keburukan Khir Toyo semasa mentadbir Selangor. Untuk kali ini kami akan berhenti di sini, dan kami akan kembali mendedahkan perangai buruk Pegawai Kewangan Selangor ni nanti.

Ps: Inilah bukti pemimpin PKR yang Amanah, Berintegriti, Tidak Rasuah dan Setia Kepada Parti seperti yang disebutkan oleh Si Ketua Penipu tu sebenarnya.

Kalau nak dapat rahsia orang lain, jangan bagi rasuah. Nanti kantoi susah. Tapi, bagi la dia 'duit poket' untuk main Golf kat luar Negara!!! Baru la orang tak tau!!!

Published with Blogger-droid v2.0.4
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. kantoi sudah!!! puluh ribu tu sebulan.. Najib buat parti harijadi setahun sekali mau kecoh ka??? puuuiiiiihh!!!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping